Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara Breakfast PKPB Untuk Anda di Pinetree Marina Resort|Breakfast PKPB? Memandangkan KP bercuti masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) tertanya-tanya juga bagaimana sarapan nanti.
Adakah perlu turun ke cafe untuk menikmati hidangan atau di hantar ke bilik? Ini jawapannya. Bento Breakfast
Breakfast PKPB
Sewaktu check-in, staff dah inform awal yang untuk sarapan pagi atau breakfast akan di hantar ke bilik. Cuma perlu inform jam berapa untuk penghantaran. Cuba teka jam berapa KP pilih?
Jam 8 pagi ye. Sebab dah menjadi kebiasaan jika menginap atau bercuti di luar akan excited bangun pagi. Sama ada untuk lihat matahari terbit, menikmati keindahan dan semestinya nak sarapan.
8 Pagi
Tepat jam 8 pagi, loceng bilik berbunyi . Breakfast PKPB dah sampai . Bento breakfast untuk bilik 2 bedroom adalah 4 orang. Jadi, dapat 4 set dengan pilihan air panas atau sejuk.
Best sebab orang hantarkan breakfast di bilik. Jarang dapat layanan cengginie. Ambil kesempatan sarapan di balkoni sambil layan angin yang bertiup.
Pilihan air panas atau air sejuk
Yang nampak dalam kotak inilah isi-nya. Abaikan bunga matahari tu tiada dalam kotak yang dihantar.
Untuk anda yang biasa ambil hidangan berat boleh cuba nasi lemak . Untuk yang tidak makan pedas sesuai.
Tak makan hidangan berat boleh nikmati roti croissant ye. Lembut dan masih lagi panas. Kalau dapat makan dengan jem lagi awesome.
Tengah diet boleh nikmati donut comel nie. Gula pun kurang. Sesuai untuk anak kecil juga
Nie buah oren semua pun boleh makan kan. Manis tak masam. KP pantang oren kalau masam.
So, breakfast hari ni dah settle. Tapi nanti bila anda menginap mungkin breakfast dah kena turun ke cafe.
Mungkin juga dapat breakfast PKPB seperti begini. Jangan nangis atau marah kalau tak dapat sama cam KP ye
Ha.. breakfast pun sudah apa lagi. Jom check out nak masuk jam 11.30 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari di
Website|Facebook |Instagram| Email|
Alamat :Jalan Persiaran Tanjung,Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor
Looks like healthy breakfast with orange included.
Tekkaus recently posted…Nasi Atuk KFC, Zinger Stacker and Durian Balls For Dinner