PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE

PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Pak Nil telah melancarkan Pakej Pelayaran Star Cruise Langkawi-Phuket-Penang. Percutian pada tahun 2013 telah mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Dari situ ianya seakan tiupan semangat buat Pak Nil untuk menganjurkan lagi percutian bersama peminatnya pada 6-9 April 2014 sebagai kesinambungan. 

1898277_1472046753018181_998371385_n

Superstar Libra with Pak Nil

Percutian kali ini lebih bermakna kerana ia satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil. Semua yang telah menyokong kerjaya Pak Nil sepanjang lebih 24 tahun sebagai penggiat seni.

Perlayaran ini di anjurkan oleh Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel untuk memperkenalkan percutian di atas kapal. Percutian di atas Superstar Libra.

Pakej Pelayaran Pak Nil

“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah

Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,”

-kata Cooper Huang Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel,

1891134_1472035416352648_1461750544_n

Pak Nil

Sesiapa yang mengikuti pakej pelayaran ini pada bulan April ini, anda pasti akan terhibur dan seronok selama 4 hari. Ianya adalah  suatu program khusus yang telah di rancang sendiri oleh Pak Nil. Bukan itu sahaja di dalam pakej pelayaran ini juga akan di berikan kad akses ekslusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

“Menerusi pakej pelayaran bersama Superstar Libra Cruise, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera. Kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu Superstar Libra Cruise telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang. Orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian sebegini”.

-kata Datuk Aznil Hj Nawawi.

1922486_1472035373019319_1752988209_n

Informasi tentang SuperStar Libra

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise. Peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur.

Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan. Dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi. Layanan mesra kru bertaraf Asia yang membantu apabila bercuti

Mempunyai enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Aktiviti di SuperStar Libra

1940010_1472046739684849_725429152_n

Risau boring nanti apabila berada di atas kapal. Pelbagai aktiviti dan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal. Manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan WestleyStevens. Persembahan itu di adakan di  Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s).

Menampilkan persembahan ala 80-an. Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinyadi Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan,perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusatpenjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10hingga RM15.

1625656_1472035443019312_1977834668_n

Jika ada yang berminat ingin membuat tempahan bolehlah hubungi

|Facebook 

3 Comments

  1. cik amal

    xmampu kalau nak pergi.. huhu
    btw, amal blogwalk sponsor contest muslim niaga 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge