GEMERLAPAN TAMAN CAHAYA TEMA DEEPAVALI DI SURIA KLCC!

GEMERLAPAN TAMAN CAHAYA TEMA DEEPAVALI DI SURIA KLCC!| Jika sambutan Deepavali biasanya dikatakan pesta cahaya. Inilah tema untuk tahun ini di Suria KLCC

GEMERLAPAN TAMAN CAHAYA

Tema yang diangkat dan dipamerkan di Suria KLCC buat para pengunjungnya. Mana taknya sambutan Deepavali masih lagi dijalankan dan bakal berlangsung kurang dari 3 hari lagi. Apa yang menarik disini?

KOLAM INTERAKTIF

Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki, menyambut pengunjung di ‘Centre Court’.

Apa yang menarik mengenai kolam ini adalah ia mampu berputar sambil memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung.

REPLIKA BURUNG MERAK TUJUH KAKI

Bukan dekorasi kolam sahaja yang menjadi tarikan di Centre Court.

Malah kehadiran replika burung merak setinggi tujuh kaki turut menjadi perhatian sesiapa sahaja yang mengunjungi pusat beli-belah ini.

Ekor interaktif sepanjang 32 kaki yang diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, akan berkembang penuh gemalai dan begemerlapan.

Seperti temanya gemerlapan taman cahaya mengikut interaksi pengunjung seolah-olah ia adalah haiwan yang hidup dan berinteraksi dengan manusia.

PUPUK HUBUNGAN DAN PERSEFAHAMAN

“Deepavali ialah masa yang amat bermakna. Ianya melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan , kebaikan mengatasi kejahatan dan pengetahuan mengatasi kejahilan.

Di Suria KLCC, kami bertekad bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah sempena perayaan sahaja. Turut juga budaya yang memupuk hubungan dan persefahaman erat dalam komuniti kami”

-kongsi Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd

REKAAN TAMAN

Suasana mempersona di Suria KLCC ini kemudiannya ditambah lagi dengan rekaan taman yang dihiasi bunga-bungaan indah serta buaian yang berayun lembut.

Menjadi tarikan utama pada mereka yang merakam detik-detik indah ini bersama-sama yang tersayang.

Manakala hiasan berwarna-warni, pencahayaan lampu dan kesan bunyi turut membangkitkan semangat sambutan perayaan cahaya ini.

PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Pada hujung minggu pula, pengunjung akan disajikan dengan persembahan tarian tradisional kaum India di ‘Centre Court’.

Alunan lagu-lagu meraikan Deepavali boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini.

Bagi memeriahkan lagi sambutan kempen sambutan Deepavali ini, pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.

Jadi jom beli-belah sekarang juga!

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Sambutan Deepavali di Alamanda Putrajaya bermula pada 28 Oktober lalu dan akan berakhir pada 13 November. Pengunjung bakal disajikan dengan hiasan yang meriah.

Termasuk “kolam” berwarna- warni yang dicahayai dapat mebangkitkan perasaan bertuah dan bernasib baik bagi penganut agama Hindu.

Bagi menambahkan keseronokan, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus, Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30 bakal menanti.

PUSAT BELI BELAH MESRA MALL

Dari 8 hingga 19 November, di Mesra Mall Kemaman, sentuhan perayaan Deepavali dijelmakan melalui hiasan reka bentuk “kolam” yang dihasilkan daripada tepung beras.

Terdapat juga tarikan lain seperti burung merak dan saree bagi meningkatkan suasana perayaan dan melahirkan semangat perayaan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge