GALERI NUR RAUDHAH, APA YANG MENARIK DAN BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtea. Tahukah anda cerita tentang Galeri Nur Raudhah? Menyimpan pelbagai koleksi milik Nabi Muhammad SAW.
GALERI NUR RAUDHAH
Dibuka pada tahun 2021 dimana Galeri Nur Raudhah terletak di dalam Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang. Tak sangka di kawasan Lembah Klang ada Galeri seperti ini.
Mungkin buat anda yang tidak mengetahui-nya, bolehlah ke sini setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tiada bayaran tiket dikenakan.
Bertindak sebagai pemegang amanah bagi memastikan semua simpanan dan athar Nabi Muhammad SAW ini dalam keadaan sempurna, baik, selamat.
Yang penting tidak disalahgunakan mengikut beberapa syarat serta peraturan yang telah dibuat bersama Galeri Warisan MAR.
BARANGAN ATHAR MILIK NABI MUHAMMAD SAW
Dapat melihat sendiri koleksi barangan milik Nabi Muhammad SAW bagai pucuk dicita ulam mendatang. ‘Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok barang-nya pun hilang rindu’.
Koleksi barangan peribadi Nabi Muhammad SAW yang wujud dan telah dibuktikan ketulenannya. Kajian ini telah disempurnakan oleh Allahyarham Datuk Prof Dr Haji Abdul Manan Embong.
SIAPA ITU DATUK PROF DR. HAJI ABDUL MANA EMBONG
Seorang pakar arkelogi artifak Islam dunia yang juga pemilik Galeri Warisan MAR Terengganu. Beliau juga satu-satunya rakyat Malaysia yang dikira memiliki khazanah artifak athar Nabi Muhammad SAW yang terbanyak.
Melalui hasil kerjasama antara dua pihak itu, maka Galeri Nur Raudhah diwujudkan. Semua khazanah ini dihimpunkan dalam galeri ini.
– kongsi Ustaz Md Zawawi Ramli, Penyelaras dan Jurucakap Galeri Nur Raudhah,
PERASAAN CINTA
Dengan terhimpunnya khazanah artifak ini dalam satu tempat, maka setiap athar atau barangan ini dapat dikongsi bersama-sama dengan orang ramai.
Terutamanya masyarakat Islam bagi mengetahui lebih mendalam dan secara tak langsung menimbulkan perasaan cinta pada Nabi Muhammad SAW.
ANTARA KOLEKSI YANG ADA
Dengan mengenali koleksi athar ini juga diharapkan dapat mendidik serta memberi motivasi.
Untuk mengenali lebih mendalam akan sunnah Nabi Muhamamd SAW dalam kehidupan sekaligus menghayati sirah junjungan nabi mulia ini
USAHAKAN KOMPLEKS PENDIDIKAN DAN TAMADUN SEJARAH!
Kini, Galeri Nur Raudhah sedang mengusahakan satu kompleks pendidikan dan tamadun sejarah di Malaysia.
Khasnya bagi tujuan menjadi sebuah pusat pendidikan dan pengajian Al-Quran, Fardhu Ain serta bidang pendidikan pembelajaran yang lain dalam mengembangkan syiar Islam.