ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN KEMBALI, AMAZING!

ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN KEMBALI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersedia! Anugerah ini kembali lagi dan bakal menjadi sebuah sambutan yang paling menarik untuk industri seni persembahan. Usai pengoperasian semula teater dan lokasi seni mulai dibuka sepenuhnya.

ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN

Bersiap sedia untik meraikan serta memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berkerja dengan berani dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anugerah Seri Cameronian Boh ke 18 dimulakan dengan Pengumuman Calon di PJPAC , 1 Utama.

Lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan yang telah diadili oleh sekumpulan juri yang hebat. Selain itu juga mengiktirag mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian.

Anugerah ini juga akan diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang bertanggunjawab menjada dan menghidupkan kembali produksi. Antaranya Kostum & Solekan, Muzik & bunyi , Reka Bentik Visual & Set juga Reka Bentuk Pencahayaan.

KEMBALI SEBAGAI ACARA KEMUNCAK

Ia merupakan sesuatu yang mengembirakan apabila kembali sebagai salah satu acara kemuncak. Cukuplah saya katakan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita.

Gembira untuk melihat industi seni kembali muncul, bangkit untuk menakluki cnaran masa lalu. Bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk masa hadapan.

Semoga Anugerah Seni BOH Cameronian memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang. Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan!. Seperti biasa BOH amat bebesara hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif. 

-kata Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations.

TAHUN 2020 SECARA ATAS TALIAN

Buat kali pertama meraikan pencapaian tahun 2019 dan mengiktiraf produksi terbaik secara atas talian. Tahun yang sama juga, BOH Plantations membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu. 

GERAN BOH CAMERONIAN

Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 20233, Geran BOH bernilai RM200,000 untuk produksi baru telah dianugerahkan pada 20 syarikat seni persembahan.

Ini untuk membantu nmembiayai kos pengeluaran produksi baru dalam usaha untuk memulakan semula sektor seni.

TAHUN KEBELAKANGAN BANYAK MENGUJI SEMUA

Setuju dimana beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan saja penghibur tetapi di seluruh negara. Dengan sekatan dan perintah kawalan pegerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi. 

Sehingga akhirnya pada 2022, sektor ini mula dibuka semula dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk pengeluaran baharu bagi membantu untuk memulakan semula.

Beberapa rancangn bahkan telah berjaya dalam senarai pencalonan. Sememangnya satu peristiwa yang menggembirakan bagi kami untuk menjadi tuan rumah 18BCAA dan mengumumkan calon-calonnya.

TEMA TAHUN INI

A New Day, Setia Pada Senimu adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan. Untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui. 

Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan juga mereka yang terlibat secara langsung. 

KANISTER TEH BOH ISTIMEWA

Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri, reka bentuk kanister teh BOH istimewa di reka. Kanister terhad dihasilkan dan disediakan pada majlis anugerah.

Memberikan khalayak ‘Ummph’ dan melihat lebih banyak cahaya dalam apa yang mereka percayai. Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali semula. 

SOKONGAN DARI 

Disokong oleh penaja dari dulu BOH Plantations, dan BDO di Malaysia yang muncul debut sebagai Ballot Partner.

A Cut Above, Inglot Cosmetics dan SUB International Beauty School juga SOGO menjadi sebahagian dari penajan untuk Anugerah Seri Cameronian Boh ke 18.

Website BOH |Website KakiSeni

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *