OPM X PRIMEX SIGNATURE BERKERJASAMA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah kerjasama antara dua syarikat ini? Apakah yang dilakukan?
OPM X PRIMEX SIGNATURE
Perasmian pembukaan Optimal Premium Motors[OPM] bersama dengan PrimeX Signature telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.
KERJASAMA ANTARA DUA
Kerjasama kedua-dua pihak itu menyaksikan pembinaan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia menjelang 2025.
Ia dilengkapi dengan bilik pameran, pusat pemulihan kereta, perincian kereta, aksesori, pusat jual beli dan banyak lagi, yang bakal menjadi mercu tanda di Malaysia.
Credit: Megatzreview
TARIK MINAT PENGELUAR AUTOMOTIF
“Selama bertahun-tahun, Malaysia telah menarik minat pengeluar automotif global dan tempatan, menjadikan kita negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara.
Dengan pelancaran fasiliti ini, OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja menunjukkan perkembangan industri automotif Malaysia,.
Tetapi juga menyediakan peluang kerjaya dan latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa yang akan datang.”.
TOC AUTOMATIVE COLLEGE [TOC]
Dalam majlis itu juga turut diumumkan kerjasama bersama TOC Automotive College (TOC) yang bernilai RM10 juta. Bakal digunakan untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif.
AUTO DETAILING ACADEMY [ADA]
Selain itu, satu akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut dibangunkan untuk mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya.
Pelbagai kursus ditawarkan di akademi tersebut antaranya teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta, perincian kereta dan banyak lagi.
-Encik Simpson Tan, pengasas Optimal Premium Motors
10 JUTA UNTUK FASILITI AUTOMOTIF
“OPM, PrimeX dan TOC akan melabur sebanyak RM10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform pendidikan automotif kepada beli.
Mencipta lebih 600 peluang pekerjaan termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai pemangkin populasi pekerja mahir di negara kita.”
“Kami percaya ini merupakan batu loncatan untuk kami berjaya di mana kepakaran dan pengalaman peneraju-peneraju industri automotif digabungkan.
Usahasama ini pasti mencipta permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya”
-Pengarah PrimeX Signature Sdn. Bhd., Chris Lee Sheng Hong.
ANTARA GALAKKAN BUAT BELIA DILUAR SANA
Usaha sama ini akan membolehkan mereka untuk melangkaui jangkauan mereka dalam menyampaikan pengalaman pembelajaran automotif dalam pasaran.
Lebih penting lagi, menyediakan sokongan berterusan dengan semangat untuk menggalakkan belia mencapai kecemerlangan.
-Ketua Pegawai Operasi (COO) TOC Automotive College (TOC), Alfred Foo
SUMBANG RM10,000 KEPADA KELAB HARMONI MALAYSIA
Bukan itu sahaja, OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan.
Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan melalui pendidikan dan menyemai belia-belia di Malaysia.
OPM, PrimeX dan TOC teruja untuk berkongsi usahasama terbaru mereka dengan masyarakat dan akan terus menonjolkan apa yang ditawarkan oleh industri automotif Malaysia kepada dunia.