Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Fujiaire Aircond Beroperasi Menerusi Aplikasi (App) AC Freedom Control|Aircond sekarang sudah menjadi salah satu benda wajib yang perlu ada didalam rumah mahupun pejabat dengan cuaca yang tidak menentu. Ekoran permintaan yang tinggi terhadap pengintegrasian kediaman pintar, 11street Malaysia bekerjasama dengan Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar penyaman udara yang terkenal dengan sistem pembersih ion sejak tahun 1996, untuk mendekati para pelanggan digital dengan pengeluaran Fujiaire Aircond . Usaha sama tersebut menyaksikan pelancaran Siri Shibui Skin Fujiaire – penyaman udara berkeupayaan WiFi pertamanya serta enam rekaan pelekat hiasan dinding, dijiual eksklusif di 11street.
Shibui dalam bahasa Jepun menggambarkan teori estetik mengenai kesederhanaan, kehalusan dan keindahan yang tidak menonjol. Menerapkan tema yang menyeluruh, Siri Shibui Skin Fujiaire menyerlahkan gabungan sempurna inovasi kontemporari dan klasik. Ia bermatlamat menyediakan pengalaman kehidupan moden bagi pemilik kediaman hari ini yang menginginkan rekaan yang ringkas dan tidak rumit untuk ditambah dalam estetika ruang kediaman tetapi pada masa yang sama, penuh dengan keupayaan teknologi terkini untuk Fujiaire Aircond
Aplikasi (App) AC Freedom Control
Fujiaire Aircond beroperasi menerusi Aplikasi (App) AC Freedom Control, yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan unit itu melalui keupayaan WiFi dengan menggunakan telefon pintar mereka untuk memantau, menjadualkan dan mengawal suhu bilik dengan hanya satu sentuhan dari jauh. Secara amnya, telefon pintar tersebut menjadi unit kawalan jauh peribadi pengguna.
E-dagang menjadi pemangkin kualiti, automasi kediaman pintar
Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street mendedahkan:
“Kita kini berada di barisan hadapan industri e-dagang, di mana tidak banyak perbezaaan di antara belian dalam talian dan di kedai. Hakikatnya, pengguna moden telah menunjukkan bahawa mereka lebih gemar membeli-belah dalam talian atas dasar ‘kemudahan’ dan ‘penjimatan masa’ sebagai dua faktor paling penting yang mempengaruhi keputusan pengguna.
“Seiring dengan Malaysia yang terus menerajui pasaran e-dagang di Asia Tenggara, kami di 11street bersedia menyahut cabaran dengan mempertingkatkan penawaran alat elektronik dan perkakas kediaman pintar di bawah kategori ‘Home and Living’ kami. Melalui kolaborasi dengan Fujiaire, kami berharap untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap peralatan moden yang lebih inovatif dan pintar
.
“Kami meramalkan pertumbuhan pesat dalam segmen kediaman pintar, khususnya ekoran trend semasa yang menumpukan terhadap minimalisme yang diserlahkan oleh teknologi. Rentetan itu, kami percaya usaha sama dengan Fujiaire akan membuka saluran baharu untuk peranti kediaman pintar, seterusnya membolehkan pengguna untuk merasai pengalaman membeli-belah premium dalam platform kami, sambil kami melihat kembali tujuan untuk meneroka pasaran e-dagangan yang mampan bersama Fujiaire,”
Yoon mengakhiri kata.
Kemunculan peluang dalam segmen kediaman pintar
Didorong oleh perkembangan pesat teknologi WiFi secara global, konsep kediaman pintar kian menembusi pasaran tempatan.
“Kajian menunjukkan bahawa 65% golongan baby boomer sanggup membayar 20% lebih untuk ciri-ciri automasi pintar di kediaman mereka seperti penyediaan peranti berkeupayan WiFi. Sementara generasi Millennial lebih mudah tertarik dengan teknologi baharu, khususnya yang menyediakan kemudahan di hujung jari mereka. Ini meletakkan 11street sebagai platform yang sempurna untuk mendekati pelanggan muda di Malaysia dan juga sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk menembusi dunia e-dagang.
“Persaingan dalam industri peruncitan semakin sengit dan di Fujiaire, kami sedar terhadap keperluan untuk menggunakan kekuatan dalam usaha sama dengan 11street bagi mewujudkan kehadiran kami dalam talian,”
kata Tan Poh Ai, Ketua Pegawai Eksekutif Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd.
Ditubuhkan pada tahun 1994, Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd dibentuk oleh sepasukan pakar teknikal dan pemasaran dari Malaysia. Kini, ia mempunyai pelanggan global dari 20 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Ia juga pernah menerima pengiktirafan berprestij – Anugerah Kecemerlangan Jenama dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2006.
Siri Shibui Skin Fujiaire
Koleksi Pereka Shibui Fujiaire memaparkan enam rekaan pelekat hias dinding – KIDS, MARB, PLAY, SKYX, STON dan UNIQ. Setiap rekaan boleh dibeli secara berasingan untuk menetapkan mood dan suasana setiap bilik. Dengan rekaan yang lebih kecil dan paparan LED digital bersepadu, penyaman udara baharu itu juga menampilkan penapis Vitamin C yang menghasilkan pelembap sihat secara berterusan serta dipertingkatkan dengan sistem pembersih super ion untuk menyingkir debu dan kuman.
Untuk kapasiti penyejukan yang lebih tinggi serta penjimatan tenaga yang lebih baik, Fujiaire juga menawarkan Siri Diamond Stars yang dikuasai oleh pembalik (inverter) bertaraf lima bintang dengan purata penjimatan sehingga 50% dalam penggunaan tenaga elektrik setiap bulan. Ini menjadikan penjimatan bulanan kira-kira RM50, berdasarkan penggunaan selama lapan jam sehari, selain penggunaan ciri-ciri penyejukan sedia ada lain.
Siri Shibui Skin Fujiaire ditawarkan pada harga RM1,170 sehingga RM2,574 seunit, sementara Siri Diamond Stars Fujiaire dijual dari RM1,350 sehingga RM2,925 seunit. Kesemua penyaman udara Fujiaire yang dibeli dari 11street didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Siri Shibui Skin Fujiare, sila layari
Website 11street :http://www.11street.my/
APa lagi yang smartphone belum boleh buat?
Azwan recently posted…4 Perkara Utama Yang Wajib Dielakkan Apabilan Menggunakan Fanpage Sebagai Platform Pemasaran.