FILEM GENG KUBUR, SCARY KE WEII?

Suka lepak itu adalah biasa, tetapi lepak di kubur hingga digelar Geng Kubur ini adalah luar biasa!

GENG KUBUR

Memilih tanah perkuburan sebagai lokasi untuk melepak pasti dilihat sebagai aktiviti yang pelik tapi bukan perkara mustahil buat pengarah Gavin Yap.

Filem Geng Kubur menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran selaku teraju utama. Penggambaran dilakukan pada September 2022 di beberapa lokasi seperti di Hulu Langat, Bandar Utama dan Kampung Baru.

PENGARAH GAVIN YAP

Sejak saya kembali semula ke Malaysia setelah berhijrah ke United Kingdom, tempat tinggal saya terletak dengan kawasan perkuburan. Tidak pasti ini adalah kebetulan atau bukan.

FILEM GENG KUBUR

Kami menetap di Damansara Utama dimana rumah kami terletak berhampiran dengan tanah perkuburan. Berpindah ke Pulau Pinang pun kediaman masih lagi dekat dengan kubur.

Jadi, melepak di dalam kawasan tanah perkuburan memang menjadi antara aktiviti saya bersama rakan-rakan ketika zaman persekolahan dulu.

FILEM GENG KUBUR

“Geng Kubur bukan sekadar filem seram semata-mata, tetapi ia menitikberatkan kepada perjalanan kehidupan setiap watak iaitu empat orang sahabat. Di sebalik gemar melepak di kawasan kubur, masing-masing ada kisah sendiri yang telah menghantui mereka.

ELEMEN SERAM

Ia bukan sekadar filem seram semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Selain elemen seram, antara tarikan dan kelainan filem ini adalah ia mengangkat tentang tema persahabatan, kekeluargaan dan penerimaan diri.

FILEM GENG KUBUR

Saya percaya ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik untuk diterbitkan menjadi sebuah filem.

FILEM GENG KUBUR

“Rata-rata yang menonton juga memuji keserasian keempat-empat barisan pelakon. Malah, ada penoton yang mengimbas semula bahawa ada babak dalam filem pernah berlaku dalam diri mereka,”

SINOPSIS GENG KUBUR

Firhan, Fang Liang, Prem dan Melati bersahabat baik dan sering menjadikan kubur tempat lepak mereka (kubur bukan muslim). Firhan yang kehilangan ibu akibat kemalangan 10 tahun lalu masih tidak dapat melupakan ibunya dan sering bergaduh apabila emosinya terganggu,

FILEM GENG KUBUR

Dia merasakan mimpinya adalah realitu dan percaya ibunya masih hidup dan telah mengajak kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian untuk mencarinya. Semasa berada di hutan, pemikiran mereka telah dimanipulasi.

Pelbagai perkara dan kejadian aneh yang menakutkan, jadi apa yang terjadi!

Diterbitkan Iron Hill Media Sdn. Bhd., filem Geng Kubur akan menemui penonton di pawagam
mulai 25 April 2024.

Mengenai harapannya untuk filem ini, Gavin berkata dia mengharapkan naskhah terbaharu itu mendapat diterima dan menghiburkan penonton. Yakin dimana mereka yang menonton akan mengenang kembali kehidupan semasa zaman persekolahan dulu.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge