FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR BEST KAN!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform dan sektor korporat terlibat.

FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR

Berlangsung pada 23 – 25 September 2022 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis Perasmian hari ini disempurnakan secara bersama oleh YBrs. Encik Norazman bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

Beliau mewakili YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

ANJURAN JKKN

Festival permainan malaysia @ Kuala Lumpur anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mengangkat permainan Malaysia sebagai teras bagi program ini dan disokong oleh lain-lain pengisian untuk penglibatan masyarakat.

MASUK 7 TAHUN ANJURAN?

Program ini telah memasuki tujuh (7) tahun penganjurannya. Berkonsepkan festival yang merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian.

Antaranya seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

Diharap festival ini akan terus menjadi acara tahunan negara dalam mengangkat dan memulihara keunikan kesenian serta kepelbagaian warisan tradisi rakyat Malaysia.

Selain itu juga, penganjuran festival ini diharap dapat menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada usahawan seni budaya. Ini untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat serta membantu NGO seni budaya melalui acara sebegini.

-Encik Norazman bin Othman yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat yang dikelolakan oleh Kelab Sukan Tradisional Harmoni.

Selain pertandingan permainan tradisional antara badan beruniform dan sektor korporat, orang ramai berpeluang menyertai Permainan Lagenda Rakyat.

PERMAINAN LAGENDA RAKYAT

Seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih / guni dan terompah gergasi. Pengisian-pengisian lain juga yang pastinya menarik adalah aktiviti pocket bike, pasar basikal, bazar selebriti, bazar jualan produk seni budaya dan banyak lagi.

Pertandingan Pocket Bike pula melibatkan pelumba cilik terdiri daripada kanak-kanak.

GASING PANGKAH?

Turut diadakan adalah Pertandingan Gasing Pangkah yang juga dikenali sebagai MyGasing Championship, Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia.

Selain melibatkan penyertaan daripada negeri-negeri di Malaysia, dua pasukan antarabangsa iaitu Singapura dan Brunei juga dijangka akan turut serta dalam Pertandingan Gasing Pangkah pada tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022, dua acara larian  diadakan iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride.

Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com.

Website| Facebook |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge