FEROS SAYNA TERAJUI ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

FEROS SAYNA TERAJUI ROCKETFUEL ENTERTAINMENT | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malaysia sudah bersedia? Astro-naut baharu telah mendarat!” Sekalung tahniah dan penghargaan besar buat Feros Sayna Andreas di atas kenaikan pangkat beliau dari Ketua Label kepada Ketua Rocketfuel Entertainment..

FEROS SAYNA ANDREAS

Pelantikan beliau yang berkuatkuasa serta-merta merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran syarikat dalam usaha meningkatkan perkembangan artis tempatan. Selain itu pertumbuhan perniagaan sebagai salah satu pemain utama.

Peranan baharu Feros sebagai Ketua Rocketfuel Entertainment adalah bertanggungjawab dalam menerajui masa depan syarikat yang merangkumi pengurusan label muzik dan kesemua kakitangannya.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Rocketfuel Entertainment menempatkan ramai artis ternama Malaysia, dengan lebih dari 300 bakat di bawah naungannya. Turut menyediakan perkhidmatan penerbitan dari mula hingga akhir untuk label-label kecil dan artis indie,. Selain itu juga menyediakan penyelesaian komersil dan perniagaan di seluruh negara.


“Tahniah buat Feros di atas peranan barunya sebagai Ketua Rocketfuel Entertainment, kami berharap dan yakin dapat melihat Rocketfuel Entertainment mencapai tahap yang lebih tinggi di bawah kepemimpinan beliau disamping memperoleh lebih banyak peluang  besar.”

-kata Encik Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Berhad.

PERJALANAN SEBELUM INI


Mula menyertai keluarga besar Rocketfuel Entertainment pada bulan Julai 2018 dari label lain. Feros menyandang jawatan sebagai Ketua Label. Di mana di bawah jagaan beliau ramai penyanyi terkemuka negara telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij dan pengiktirafan tinggi.

Antaranya Hael Husaini yang dinobatkan bukan hanya sekali tetapi dua kali sebagai Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2017 untuk Jampi dan 2018 untuk Haram. Ernie Zakri pula bagi kategori Vokal Terbaik pada AJL 2020 untuk Gundah,. Ara Johari sebagai Naib Juara AJL 2019 untuk Bunga.

MINAT PADA MUZIK

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Minat Feros yang mendalam terhadap bidang muzik telah pun bermula seawal tahun 1993,. Dari hanya seorang pengatur kaset dan CD di Supreme Records, Jaya Shopping Centre kemudian di Salem Power Station, Lot 10.

Beliau maju selangkah lagi dengan terjun ke bidang deejay di beberapa buah kelab terkemuka Malaysia. Kemudiannya menyertai bidang perhotelan pula. Sehinggalah pada satu hari beliau menyertai salah satu label terkenal tanah air.


Ramai artis terkenal negara telah dikendalikannya, dan juga artis serta band terkemuka Indonesia seperti Rossa, Afgan, Bunga Citra Lestari, Ari Lasso, Cakra Khan, Melly Goeslaw, Ungu dan Gamma1. Kini, beliau juga turut bertanggungjawab menguruskan perjalanan seni pelakon popular Malaysia seperti Zizan Razak, Remy Ishak, Zul Ariffin dan Lisa Surihani.

28 TAHUN PENGALAMAN DALAM MUZIK


Berbekalkan pengalaman selama 28 tahun, Feros telah membuktikan kredibiliti beliau sebagai salah satu penggerak utama industri muzik Malaysia. Mencungkil serta mengasah bakat baharu dan sedia ada ke potensi mereka yang sepenuhnya selain mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan buat syarikat.


“Saya akan meneruskan usaha saya dalam memberikan yang terbaik untuk Rocketfuel Entertainment. Dengan sokongan daripada CEO Astro Radio & Rocketfuel Entertainment, Encik Kenny Ong, bersama-sama team yang kuat di belakang saya, yang akan sentiasa menambah mutu dan mengembangkan sayap syarikat ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.


Pada tahun ini, RocketFuel Entertainment akan memberi tumpuan terhadap memperkenalkan influencer yang baharu, menonjolkan lebih ramai lagi pemain esports atas talian yang terkenal, selain menyediakan perkhidmatan pengagihan dan penerbitan dengan rakan kerjasama, Universal Music Malaysia. 


Selain itu, Rocketfuel Entertainment juga akan terus menerus menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi, dan melonjakkan bakat Malaysia bukan sahaja di peringkat negara, bahkan di seluruh Asia Tenggara dan serata dunia.

YouTube Rocketfuel Network

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge