DIDI & FRIENDS EDISI CUTI SEKOLAH DI PLAZA SUNGEI WANG, BEST!|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Para peminat siri animasi terkemuka yang berisaran di saluaran Astro Ceria kini berada di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur.
DIDI & FRIENDS EDISI CUTI SEKOLAH
Pelbagai aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya pada 4-5 Mac 2023 dari 10 pagi hingga 9 malam.
PLAZA SUNGEI WANG LOKASI PILIHAN
Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia. Antaranya Didi, Nana dan Jojo mengaka semua ke Plaza Sungei Wang.
Ini bersempena dengan “Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang’ . Ianya anjuran Astro dan kerjasama Warnakala Studios dan semestinya di taja oleh Plaza Sungei Wang.
“Kami sememangnya berbesar hati menjadi lokasi penganjur buat program ‘Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah bersama Plaza Sungei Wang’ yang pertama kali buat tahun 2023.
INi adalah trend dan terkenal dimana dijalankan seminggu selepas tayangan Didi & Friends The Movie buat julung kalinya.
Sambil mengiktiraf populariti siri animasi in iyang besar dan memberi sumbangan penting kepada penmbangunan awal kanak-kanak;’
-kata Stephen Ho Choon Sik, Ketua Pemasaran Komunikasi & Inovasi Plaza Sungei Wang .
DIDI & FRIENDS
Siri animasi ini padat dengan nilai murni dan pengaran yang berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak.
Acap kali menjadi pilihan utama setiap ibu bapa untuk mendidik anak mereka sekaligus menjadikan medium hiburan buat si cilik.
Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan impak positif dan isnpirasi pembentukan karakter yang baik kepada kanak-kanak.
Berunsurkan kandungan edutainment, penceritaan Didi & Friends padat dengan pengajaran sering menjadi pilihan ibu bapad dalam mendidik anak secara santai.
PELBAGAI AKTIVITI DI SEDIAKAN
Aktiviti dan pertandingan serta hadiah menarik disediakan buat ibu-bapa dan kanak-kanak.
Berpeluang untuk bergambar bersama karakter kegemaran mereka pada Sabtu dan Ahad; slot 12.00 tengahari, 4.30 petang dan 8.30malam.
Pastinya aktivti kemuncak adalah persembahan daripada Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah yang pastinya akan membuatkan si kecil menyanyi dan menari bersama.
Ada juga MIni Zoo dimana ibu bapa dan kanak-kanak dapat membelai dan memberi makan kepada haiwan yang ada . Dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat dimaan lebih dari 20 jenis haiwan eksotik.
MERCHANDISE PUN ADALAH!
Tunjukkan rasa minat anda kepada Didi & Friends dengan barangan rasmi sepert mainan, alat tulis, buku dan juga pakaian.
Ini semua boleh dibeli di Kedai Pop Up Didi & Friends yang ada disekitar Centre Court, Plaza Sungei Wang.
Pas Foto khas bersama Didi & Friends juga percuma Beg Pelancong Plaza Sungei Wang diberikan kepada mereka yang berbelanja minimum RM 50.