CARING LOYALTY-TERBARU DARI CARING PHARMACY, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Caring Pharmacy lebih dekat dengan para pengguna apabila memperkenalkan program terbaru-nya.
CARING LOYALTY
Sempena sambutan ulang tahun farmasi yang ke 28, program keahlian Caring Loyalty diperkenalkan. Berlangsung dengan meriahnya di Karnival CARiNG di Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil bermula dari 6 hingga 10 Oktober lalu.
GANJARAN BUAT PELANGGAN
“Saya berbesar hati meraikan ulang tahun CARiNG Pharmacy yang ke-28 dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan kami secara berterusan.
Dengan pelancaran peringkat keahlian terbaru kami, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
CARiNG Pharmacy sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi mencapai sasaran kesihatan pelanggan.
-kata Encik Loo Joi Leng, Pengarah Pemasaran CaRiNG Pharmacy,
TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI APLIKASI
Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih.
Ini untuk membantu pelanggan-pelanggannya dalam mengesan rekod kesihatan dan mendapatkan tips kesihatan. Juga pada masa yang sama memberi 10x ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.
KEAHLIAN CARING ADA TIGA?
Setiap ahli-nya akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahhlian meningkat. Keahlian yang serba baharu dan percuma ini terdiri daripada TIGA peringkat iaitu:
- Perak
- Emas
- Platinum,
KUMPUL & TEBUS MATA GANJARAN
Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran.
Menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan serta transaksi melalui aplikasi Caring.
Demi meraikan acara ini, Karnival CARiNG telah menganjurkan pelbagai aktiviti percuma. Antaranya Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan banyak lagi aktiviti mesra keluarga.
Bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan.
LANGKAH INISIATIF
Sebagai langkah inisiatif untuk lebih mendekati, langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan kesihatan. Seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolesterol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG di karnival ini.
Jadi, muat turun aplikasi Caring di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei App Gallery sekarang.
Nikmati 200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARiNG Pharmacy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas.