DAPUR PASAK & PUTRA AMARIS LANCAR INFAQ RAMADAN, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan puasa bulan yang diberkati. Bersedekah di bulan Ramadan lebih besar ganjarannya.

DAPUR PASAK & PUTRA AMARIS

Dapur Pasak & Putra Amaris secara rasminya telah memulakan gerak kerja membantu golongan yang memerlukan mulai 1 April 2022.

Ini rentetan daripada pelancaran dan sidang media  #samasamakenyang yang diadakan di Eastin Hotel pada 14 Mac yang lalu.

Objektif utama program ini adalah menyasarkan bantuan kepada 2000 orang golongan sasar antaranya Asnaf, Anak Yatim, OKU, Gelandangan, Anak Tahfiz dan juga golongan B40.

PROGRAM YANG ADA

Program utama adalah Projek Penuhkan Peti Ais. Selain itu, kami wujudkan aktiviti lain seperti Majlis Berbuka Puasa bersama Golongan Asnaf & Anak Yatim dan juga bersama OKU.

Selain itu juga Sahur & Berbuka Puasa bersama Gelandangan.

Sumbangan kepada Anak-anak Tahfiz, Sumbangan Bakul Makanan kepada Golongan B40 dan Program masak dan agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat serta Program Rumah Baru.

Kesemua ini akan disusun dan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.

PROJEK PENUHKAN PETI AIS

Bagi program utama kami – Projek Penuhkan Peti Ais, kami sendiri yang akan pergi terus ke rumah-rumah asnaf dan golongan yang memerlukan.

Kami akan menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, air, pek makanan “ready to cook” dan banyak lagi. 

Selain itu, barangan keperluan asas juga kami akan beri sekali seperti beras, telur dan sebagainya. Inilah barang keperluan yang sentiasa ada sebagai bekalan di bulan Ramadan ini.

Kesemua aktiviti ini akan diuruskan sendiri oleh para sukarelawan Dapur Pasak dan Team Putra Amaris sendiri. Setiap hari dalam tempoh 30 hari bulan Ramadan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Aktiviti ini bagi memastikan kita dapat menyantuni seramai yang boleh golongan yang memerlukan.

MENDAPAT SOKONGAN DARI YB SHAHIDAN

Program ini juga telah mendapat sokongan penuh oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

“Saya menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh Dapur Pasak dan juga Putra Amaris dalam membantu 2000 golongan asnaf di semua kawasan dalam Kuala Lumpur.

Saya sangat menyokong penuh.” 

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, ketika melancarkan program utama kami – 2000 bantuan penuhkan peti ais dan bakul makanan, yang berlangsung di PPR Jelatek pada 31 Mac yang lalu.

PROGRAM INFAQ RAMADAN #SAMASAMAKENYANG

Program Infaq Ramadan #samasamakenyang ini khusus kepada golongan sasar. Dengan harapan dapat meringankan beban mereka dalam menempuh ujian kehidupan .

Jua sedikit sebanyak dapat membantu perjuangan mereka untuk bangkit dari kejatuhan dan kesusahan yang menimpa.

KONGSI PUTRA AMARIS

Penganjur Bersama program #samasamakenyang, Putra Amaris berkata, ini adalah inisiatif bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Saya berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mereka didalam bulan Ramadan ini. Juga sedikit sebanyak dapat membantu mereka didalam mengharungi kehidupan seharian.”

Justeru itu, kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin menyumbang adalah sangat-sangat dialukan.

Ini antara usaha bersama untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mengharungi kehidupan seharian dan meningkatkan taraf kehidupan komuniti mereka.

BANTU DULU SEBELUM DIBANTU

Kami berharap aktiviti sebegini pastinya akan memberikan impak kepada orang ramai. Termasuklah penerima bantuan, sukarelawan, penyumbang dan mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Kami percaya bahawa setiap kebaikan yang dibuat, pasti dibalas dengan kebaikan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge