AEON STAR REWARDS CHEF WAN NEOFLAM BEST!

AEON STAR REWARDS CHEF WAN NEOFLAM BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minat pada periuk masak memasak? Ada koleksi periuk di rumah ke? Kalau ya ini berita baik untuk anda!

STAR REWARDS CHEF WAN NEOFLAM

Ramadan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) buat pertama kalinya memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam (Chef Wan-Neoflam Star Rewards Programme) ke seluruh negara.

Ini adalah kolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal di dalam arena masakan, Chef Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Chef Wan.

AEON STAR REWARDS

AEON Star Rewards menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat.

Khasnya generasi muda yang mula menjadikan bidang memasak sebagai hobi pasca-pandemik dengan harga berpatutan.

NEOFLAM

Program ini memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimpot dari Korea Selatan.

Kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak.

”Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. 

Sehubungan dengan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini.”

-kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON 

KENAPA CHEF WAN?

Tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia di mana beliau mempunyai kepakaran, populariti, pengaruh, dan pengalaman luas selama bertahun-tahun dalam bidang masakan.

Pada masa yang sama, Chef Wan juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk AEON.

MAKANAN BAIK MENYATUKAN KITA SEMUA

“Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”.

Kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu.

Kami ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak yang berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki. Terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar.

“Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna.

Lagi menarik dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.’

-tambah Low Ngai Yuen.

PROGRAM STAR REWARDS

Program Star Rewards yang sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan Pelanggan AEON” (AEON Customer Loyalty Programme).

Membolehkan pelanggan mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON. Menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan ganjaran yang lain.

Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal.

E-SETEM

Manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem. Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON jika membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet.

Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem). Para pelanggan boleh menebus setemsetem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge