COCA-COLA ZERO SUGAR, CUBA DULU BARU TAHU, BEST KE!

COCA-COLA ZERO SUGAR, CUBA DULU BARU TAHU, BEST KE! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat Coca-cola, ini ada perisa baru untuk anda!

COCA-COLA ZERO SUGAR

Coca-Cola Zero Sugar melancarkan kempen global terbarunya #ZeroWords. Ia dianjurkan bagi mencabar dan memberikan inspirasi kepada para peminat daripada golongan sentinial, atau Generasi Z .

Golongan yang menggunakan media sosial sebagai sumber hiburan mereka – untuk menerangkan makna rasa Coca-Cola Zero® tanpa menggunakan sebarang perkataan.

Hanya menerusi platform media sosial dengan menggunakan koleksi pelekat digital dan gif serba dinamik dan unik.

PERKENALKAN RASA KEPADA GENERASI Z

“Kami gembira kerana dapat memperkenalkan rasa hebat minuman ini kepada Generasi Z dan mengajak mereka untuk memberikan interpretasi sendiri tentang rasanya yang tidak dapat diungkapkan.

Kami tidak sabar untuk melihat interpretasi visual kreatif yang disediakan oleh golongan muda ini di dalam kempen #ZeroWords yang terbaru ini.”

-Rina Surya, Frontline Marketing Director, Coca-Cola

RASA YANG TIDAK DAPAT DIUNGKAPKAN DENGAN KATA-KATA

Di peringkat global, Coca-Cola telah menghimpunkan para pengkarya bukan verbal berinpirasi untuk memberikan interpretasi mereka tentang rasanya yang tidak dapat diungkapkan.

Tanpa menggunakan kata-kata, di dalam siri filem visual dinamik, yang akan dilancarkan di dalam platform sosial mereka.

KEENAKAN MINUMAN TANPA GULA

Di Malaysia, Coca-Cola bekerjasama dengan pelbagai pencipta kandungan tempatan berbakat. Menunjukkan kepada orang ramai bagaimana mereka meluahkan perasaan mereka tanpa menggunakan kata-kata.

Untuk setiap kali mereka menikmati kehebatan rasa air ini. Jenama ini berharap untuk mengajak lebih ramai lagi pengguna untuk turut sama mencuba dan merasai keenakan minuman tanpa gula.

KOLEKSI PELEKAT DIGITAL ANIMASI

Melihat betapa ekspresif dan kreatif golongan sentinial ini, Coca-Cola melancarkan sebuah koleksi pelekat digital beranimasi dengan visual yang dinamik.

Membantu menghidupkan interpretasi keenakan rasa Coca-Cola Zero Sugar yang tidak dapat diungkapkan – yang terdiri daripada pelekat digital ledakan hati hinggalah kepada penari disko dan kesan ciuman.

Pelbagai produk Coca-Cola Zero Sugar juga akan diberikan menerusi acara pemberian sampel produk percuma dan penganjuran cabaran sosial menyeronokkan yang menawarkan peluang untuk mencuba produk percuma.

NIKMATI DETIK MASA MINUM COCA-COLA® ZERO SUGAR

“Apa yang penting ialah kami mahu orang ramai menikmati detik semasa mereka meminum minuman Coca-Cola Zero Sugar yang sejuk dan enak.

Memberi tumpuan kepada bagaimana rasanya yang hebat itu dapat mempengaruhi perasaan mereka. Kadang kala, ia tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata,”

-jelas Rina.

Boleh didapati di kedai-kedai serbaneka, pasar raya, dan saluran e-dagang. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kempen #ZeroWords Coca-Cola

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge