OREO RAI HARIJADI KE-110, RASA EDISI TERHAD, BEST!

OREO RAI HARIJADI KE-110, RASA EDISI TERHAD, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda suka makan biskut OREO? Bagaimana cara anda memakannya? Nak tahu berita terkini tentang biskut kegemaran anda, jom baca!

RAI HARIJADI KE 110

Biskut kegemaran di serata dunia, akan memasuki usia 110 tahun pada 2022. Jenama biskut pilihan ramai ini memulakan parti sambutannya dengan rasa edisi khas, OREO Birthday Sprinkles.

OREO BIRTHDAY SPRINKLES


Kaya dengan krim vanila beserta sprinkles iaitu taburan warna-warni, pilihan terbaharu ini
boleh didapati di seluruh negara dalam tempoh terhad – dari Jun hingga Julai 2022.

FILTER AR DI INSTAGRAM


Sebagai permulaan keraian, bakal melancarkan filter Instagram realiti terimbuh
(Augmented Reality-AR) yang pasti menggembirakan pengguna. Filter AR tersebut menjemput orang ramai untuk meniup 110 lilin hari jadinya.


“Selama lebih seabad, biskut ini telah merapatkan hubungan keluarga dengan menyediakan
pengalaman yang menggembirakan. Bersempena hari jadi kami ke-110 tahun ini, kami
memperkenalkan rasa kemeriahan baharu dan pengalaman AR unik.

Ia diinspirasikan boleh aksi yang diamalkan setiap kali keraian iaitu meniup lilin di atas kek dan sebagainya. Kami amat teruja untuk meraikan kekayaan warisan 110 tahun OREO.

Tidak sabar untuk berkongsikan kemeriahan serta kegembiraan kami bersama pengguna di seluruh negara,”

-kata Arpan Sur,Pengarah Pemasaran Mondelez International, Malaysia dan Singapura.

SIARAN IKLAN TV


Kemeriahan sambutan diteruskan menerusi siaran iklan televisyen di seluruh negara. Iklan
tersebut memaparkan seorang bapa meniup lilin dalam filter AR dan menjemput orang ramai
untuk sama-sama meraikan harijadi OREO.

BIRTHDAY CAKE

Turut dipaparkan krim perisa OREO Birthday Cake yang kaya dengan sprinkles berwarna-warni yang menyelerakan.

Biskut Birthday edisi terhad adalah pilihan pertama yang memaparkan sprinkles
pelangi dan krim berperisa kek harijadi di tengah-tengah dua kepingan biskut coklat.

Biskut berkenaan boleh didapati di seluruh negara mulai Jun sehingga Julai 2022. Biskut edisi khas ini di semua rangkaian pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara.

Anda juga boleh mendapatkannya di Shopee atau Lazada! Pada masa sama, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bundle Ecommerce istimewa OREO, sementara stok masih ada!

AR KHAS SEMPENA HARI JADI


Bakal menganugerahkan 110 ‘hadiah’ harijadi eksklusif kepada penggemar biskut ini sebagai tanda penghargaan kerana bersama jenama ini selama 110 tahun.


Individu yang meniup kesemua 110 lilin dalam tempoh 15 saat menerima filter AR OREO di
Instagram juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti sebuah
iPhone13 Pro.

Ada juga bekalan biskut perisa kegemaran selama setahun dan pelbagai lagi. Cubalah di
sini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge