Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pinetree Marina Resort Confirm Ke Nak Stay Sini?| Pinetree Marina Resort mesti terletak di tepi pantai sebab ada nama resort dibelakang-nya. Hakikatnya terletak di Nusa Jaya, Johor Bahru.
Nusajaya adalah di antara tempat yang terkenal kerana Legoland Malaysia berada di sini. Tak sampai 10 minit ye dah sampai. Jadi ini diantara lokasi penginapan yang KP rekomen untuk anda. Jangan risau sure anda semua teruja.
Pinetree Marina Resort, Nusajaya
Pinetree Marina Resort. Ini adalah pertama kali KP mendengarnya terkejut juga. Ada hotel baru ke area Nusajaya nie. Al-maklumlah dah lama tak datang ke area Johor. Ianya adalah service residence yang kemudian di tukar menjadi hotel. Pelbagai pilihan bilik ada.
Pilihan bercuti kali ini adalah 2 bedroom cukup untuk kami sekeluarga. Alhamdulilah sewaktu check in semuanya berjalan dengan lancar. Oh ye walaupun sedang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)tetapi segala SOP masih di ikuti ya.
Tiada yang tertinggal langsung seperti check suhu. scan MySejahtera dan paling suka hand santizier. Kalau terlupa nak bawa dalam beg jangan risau.Di hotel ini terdapat beberapa tempat ditempatkan hand sanitizer ye!
2 bedroom
Masa nak check-in, ala biashe-biashe ajer 2bedroom untuk percutian pendek kali ni. Tapi silap besar. Ye! Silap besar bila dah masuk & check-in.
Walaupun dah diberitahu yang 2 bedroom ada master & guest room), 2 bilik air, 1 laundry room, living room, dining area dan juga dapur.
Ini perasaanku bila buka pintu bilik yang bakal kami tinggal. Lihat sendiri betapa cantik, kemas dan luasnya 2 bedroom di Pinetree Marina Resort.
Cukup lengkap dengan semua fasiliti seperti di rumah. Susun atur pun tak terlalu padat. Walaupun musim pandemik tahun ini agak mencabar tetapi semuanya kemas dan terjaga.
6 Sebab Kenapa Perlu Stay Sini
🔸Luas
Masuk ajer terus teruja. Luasnya, terjaga dan kemas. Tidak kira dari ruang tamu, meja makan, dapur, bilik tidur , bilik air mahupun area laundry amat luas.
Kemas dan cantik. Susun atur yang tidak terlalu padat. Sedap mata memandang apatah lagi menghadap pemandangan yang cantik.
🔸Dapur
Seolah berada di rumah. Siap ngan perkakas untuk memasak. Microwave, kuali, pinggan mangkuk.
Nak cepat beli yang Ready To Cook dan panaskan saja. Alatan seperti pisau, sudu, pinggan mangkuk semua lengkap ye.
🔸Laundry
Part ni memang kite suka sebab boleh cuci dan kering sekali. 2 in 1 washer and dryer. Lupa bawa sabun nak basuh ? Call saja housekeeping pasti dengan pantas membantu.
Takde lagi incident nampak baju tersidai kat balkoni. Ada tempat penyidai yang tersedia didalam bilik laundry.
🔸Bath Tub
Bilik air yang attach ngan master bedroom ada bath tub. Jadi apa lagi mohlah kite bermandi mandian ala bath tub. Tak perlu pi swimming pool.
Untuk bilik air yang satu lagi ianya terletak di luar. Tetap luas dan nampak mewah walaupun hanya shower saja
🔸Pemandangan
Cantik terutama sekali di siang hari. Tenang sungguh dari hiruk-piruk sewaktu berada di bandar. Idea pun banyak yang datang kalau anda suka menulis.
Menginap disini, alaminya sendiri dan pasti anda setuju!. Indah sungguh cuaca dengan tiupan angin sepoi sepoi kalau lepak memalam. Kalau ada kerusi di balkoni pasti lagi best layan minum kopi panas. Puas hati dapat berehat seketika.
🔸Bilik Tidur
Macam KP kata terjaga dan kemas. Lembut jer bantal tidur malam dengan aircond.
Dua-dua bilik katil size king dan setiap bilik ada sediakan TV. Untuk anak-anak boleh lah pilih siaran TV yang anda suka.
Ok KP tidur dulu lah . Penat berjalan pusing-pusing Nusajaya. Ada lagi yang menarik di sini. Untuk maklumat lanjut boleh layari di
Website|Facebook |Instagram| Email|
Alamat :Jalan Persiaran Tanjung,Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor.