Antara filem yang dinantikan oleh peminat Dhanush bagi tahun 2024.
CAPTAIN MILLER
Filem kali ini dibawa oleh MSK Cinema ke Malaysia dimana filem Tamil semakin mendapat tempat di hati penonton berbangsa India.
Diarahkan oleh Arun Matheswaran dan diterbitkan oleh Sendhi Tyagarajan dan Arjun Thyagarajan dibawah Soathya Jyothi Films.
Filem pengembaraan aksi epik berbahasa Tamil India 2024 yang berlatar belakangkan tahun 1930-an, semasa era pemerintahan British di India
IMAX LASER 2.0
Paparan filem dalam format IMAX Laser 12.0 menawarkan pengalaman sinematik yang tiada tandingan, membawa kejelasan visual.
Selain bunyi yang mengasyikkan ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Filem ini memberikan pengalaman menonton yang luar biasa. Keindahan visual dan kualiti bunyi yang istimewa meningkatkan lagi keseronokan menonton
SINOPSIS CAPTAIN MILLER
Lindungi kota kelahiran daripada serangan tentera British. Kebetulan Analeesan atau “Eesu,” adalah seorang bekas tentera British.
Setelah dia menyertai tentera Britisn satu peristiwa telah berlaku menyebabkan Miller memberontak terhadap pemerintahan British.
Beliau telah menyaksikan satu kekejaman yang meragut nyawa abangnya, Sengolan, dan suami sahabat rapatnya, Velmathi.
Untuk melindungi dan membela rakyat, Captain Miller berusaha dan menghadap pelbagai rintangan dan cabaran menguji keberanian dan kesetiaan.
Maka, bermulalah aksi-aksi pemburuan Miller yang melibatkan peperangan yang dahsyat di antara kedua-dua pihak.
PELAKON
Ia dibintangi Dhanush sebagai peranan utama filem Captain Miller. Bersama dengan Priyanka Arul Mohan, Shiva Rajkumar, Sunderrp Kaur, John Kokken dan Edward Sonnenblick.
Memualakan tayangannya pada 12 Januari semasa perayaan Pongal dimana MSK Cinema tidak meletakkan sasaran tertentu untuk filem ini.
Beliau juga tidak menafikan bahawa kini filem Tamil turut diminati pelbagai masyarakat termasuk penonton Melayu.
Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar. Kami harap ia akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
“Kami juga tidak menolak peluang jika diberikan kesempatan untuk menghasilkan filem dengan kerjasama produksi dari India,” katanya.
-kata Pengarah MSK Cinema Sdn Bhd, Saradha Sivalingam.
GABUNGAN
Gabungan persembahan lakonan hebat oleh setiap pelakon dalam membawa bakat mereka ke skrin. Membenamkan penonton dalam jalan cerita yang penuh aksi.
Kesempurnaan set dan kostum memberikan kesan visual yang memukau. Meninggalkan kesan di hati penonton dengan pengajaran yang terdapat dalam sesebuah cerita.
Ini kerana, rata-rata menggemari jalan cerita yang sering berlatarbelakangkan realiti kehidupan selain disajikan dengan cinematografi yang menarik.