FENIX 360 ? Mungkin ada yang tertanya apakah produk ini?
FENIX360
Platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis.. Terus memberikan sokongan dan memperkasakan artis dalam usaha kreatif mereka.
Bakal mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
PELANCARAN
Pelancaran FENIX360 di Jakarta bulan lalu merupakan perkembangan penting dalam komuniti
kreatif.
“FENIX360 bukan hanya aplikasi; ia merupakan gerakan untuk mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis.
Juga mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja
mereka.”
-Allan Klepfisz, CEO FENIX360
APLIKASI INOVATIF
Ianya direka untuk memperkasakan artis, memberikan peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka.
Termasuk menetapkan standard baru dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.
PEROLEH PENDAPATAN
Di FENIX360, pelbagai pencipta seperti ahli muzik, penari, pengeluar, artis, model, dan pereka dapat memperoleh bahagian pendapatan yang besar dari iklan dan transaksi lain.
Tidak termasuk jualan barang dagangan dan siaran langsung.
Platform ini mendorong hubungan yang lebih mendalam antara artis dan peminat, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Ia juga sebagai pusat kepada artis mengintegrasikan kandungan dari pelbagai sumber seperti YouTube, Instagram, dan Facebook, menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pencipta dan peminat.
Kini sedang meraikan pelancarannya di negara-negara utama dengan acara langsung, mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa, bermula dengan Indonesia, Malaysia, dan Filipina.
Kolaborasi dengan pengaruh tempatan dan artis akan menyesuaikan FENIX360 untuk setiap pasaran, meningkatkan daya tariknya.
FENIX360 LIVE IN MALAYSIA
Mempersembahkan FENIX360 Live! di Malaysia pada 21 Januari 2024 di Jiospace, Petaling Jaya dengan persembahan oleh artis-artis.
Antaranya Imsomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, dan The Frankie Sixes! Turut menyertai barisan adalah DJ Jemput Dengar!
Bermula dari 4.30 petang hingga 10.30 malam, pintu akan dibuka pada jam 4 petang. Masuk adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, sehingga 2000 orang.
NAK TIKET
Senang sahaja dimana anda memuat turun aplikasi FENIX360 dari Google Play Store atau Apple App Store. Daftar sebagai pengguna, tanpa bayaran atau langganan yang diperlukan.
“Kami bangga mempersembahkan ini sebagai platform yang benar-benar berpusat kepada artis.
Kami sangat gembira melaksanakan acara pelancaran di Malaysia kerana kami yakin pencipta dan artis Malaysia akan mendapat manfaat yang signifikan dari pelancaran aplikasi ini,”
-kata Sandy Monteiro, CEO FENIX360 Asia Pasifik.
Website |