Cerita ini pernah dikatakan hangat buat seketika terutama untuk mereka yang menetap di kawasan sekitar Shah Alam.
BANGLO SEKSYEN 12
Filem ini bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana. Merupakan sebuah filem terbitan Prisma Pictures Sdn Bhd dimana edaran oleh pihak METROWEALTH.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD). Melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah diberikan
INTAN LADYANA
Bukan nama baru dalam industri hiburan seni tanah air Malaysia dimana berkerjasama dengan Dharma Nasution, pengarah .

Kali ini mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama.

Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi
Ianya diinspirasikan dari novel nukilan Hasrudi Jawawi yang sama judulnya dan diterbitkan di bawah syarikat produksi Intan iaitu Prisma Pictures Sdn Bhd.
SINOPSIS
Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006. Sekumpulan paranormal ini memilih banglo seksyen 12 untuk merakan aktiviti tersebut.

Ini antara lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Banglo ini digelar sebagai banglo angker kerana beberapa tahun yang lalu pernah berlaku tragedi seram yang melibatkan pembunuhan enam orang remaja.
Tonton filem Banglo Seksyen 12 yang diarahkan oleh Dharma Nasution dan Intan Ladyana ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 25 Januari 2024.
