Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Kembali Lagi dan Pastinya

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Kembali Lagi dan Pastinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Kembali Lagi dan pastinya hidangan berkuah Melayu bakal di beri penghargaan kerana ini adalah diantara menu yang digemari ramai. Cabaran yang memasuki tahun ke 2 anjuran Unilever Food Solutions bakal mengetengahkan hidangan berkuah yang bakal mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu yang menjadi hidangan utama seperti kari selain di campurkan atau di hidangkan bersama kicap, kunyit mahupun remapah lain

 
Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata:
“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. “Tahun lepas, kami telah mengadakan buat kali pertama satu cabaran khas yang melibatkan pertandingan berantau di kesemua empat penjuru Semenanjung Malaysia, iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di mana pemenangnya dinobatkan yang terbaik daripada yang terbaik dalam kecemerlangan makanan Melayu di seluruh negara.”
Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions yang hadir sebagai tetamu kehormat di acara pelancaran berkata:
“Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dan kita menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. Kami berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana kami boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan

“Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 

Para juri yang mengadil tahun lalu termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger tempatan yang bersama menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang
Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.
 
Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bertambah menarik dengan
  • Hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper
  • Naib johan menerima tunai RM10,000 beserta hamper
  • Pemenang ketiga mendapat tunai RM6,000 dan hamper
  • Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM500 beserta hamper.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge