AKEMI Buka Butik Mercu Mewah Di Sunway Pyramid, Tawar Pengalaman Gaya Hidup Kontemporari.
BUTIK AKEMI
Jenama terkemuka Malaysia dalam bidang peralatan tempat tidur dan perabot rumah, telah membuka pintu butik flagship baharu mereka yang mengagumkan di Sunway Pyramid.
Pelbagai koleksi Dari produk berkualiti tinggi ada disini seluas 10,000 kaki persegi. Pastinya menjanjikan satu pengalaman kepuasan dalam membeli-belah untuk kelengkapan rumah
FESYEN DARI MASYADI MANSOOR
Majlis dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen eksklusif oleh pereka fesyen baharu Malaysia yang sedang meningkat naik, Masyadi Mansoor. Turut diiringi dengan persembahan oleh artis Universal Music Malaysia & Alternate Records, Shi En dan Dukes.
Pertunjukan ini menampilkan rekaan kreatif yang menggabungkan produk rumah AKEMI, memberikan perspektif baharu tentang bagaimana peralatan rumah boleh menjadi inspirasi dalam trend fesyen moden.
Untuk peragaan fesyen pula terdiri daripada barisan artist yang juga kedua syarikat label antaranya The Gadys, Ezra Kairo, dan Julia Duclos.
EVOLUSI AKEMI
“Butik flagship ini melambangkan evolusi AKEMI sebagai destinasi sehenti untuk semua keperluan rumah,” kata jurucakap AKEMI. Dibuka sejak 1992 di Malaysia, AKEMI kini telah berkembang ke 11 negara dan terus komited dalam menawarkan produk berkualiti tinggi. Menggabungkan keselesaan, gaya, dan kelestarian.
Butik baharu ini menawarkan pelbagai produk inovatif termasuk cadar, bantal, perabot, langsir, tilam, dan aksesori rumah.
KOLEKSI ISTIMEWA
Antara koleksi istimewa ialah tilam SKIN+ dengan teknologi penjagaan kulit, tilam SensICE dengan ciri penyejukan, dan tilam Marine yang mesra alam diperbuat daripada SEAQUAL® YARN.
Pengunjung juga boleh meneroka bahagian wangian rumah yang akan dilancarkan pada Februari 2025. Koleksi Wellness mempunyai tiga rangkaian aroma – Scent to Sleep Better, Scent to De-Stress, dan Scent to Be Happy.
BENGKEL PUN ADA
Selain itu, butik ini turut menawarkan sesi interaktif bersama pakar, termasuk sesi astrologi oleh Wooby Gan, tips rekaan dalaman daripada pereka selebriti Ben Firdaus, dan bengkel seni eksklusif oleh Hafreez Adam.
Dengan pembukaan butik flagship ini, AKEMI mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri perabot dan aksesori kediaman, menawarkan penyelesaian yang menggabungkan inovasi, kelestarian, dan gaya untuk kehidupan moden.