Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Burger Nasi Lemak Terbaru Dari McDonald’s Malaysia |Pernahkah anda terfikir menikmati burger nasi lemak. Yeszaa… burger, di salutupi dengan timun, telur , sambal dan daging ayam. Haa.. inilah sebenarnya yang ingin KP kongsikan bersama anda di mana, McDonald’s memperkenalkan Burger Nasi Lemak, satu hidangan baharu yang tampil ringkas namun padat. Hidangan ini juga dikata di ambil oleh kerana populariti nasi lemak yang tidak ada bandingnya. Dari 26 April, Burger Nasi Lemak pastinya mampu membangkitkan citarasa anda boleh didapati di semua cawangan McDonald’s Malaysia dalam tempoh masa terhad
Burger Nasi Lemak
Masih menggunakan roti burger dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan, disalut dengan emping jagung yang rangup dan ditambah dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata, McDonald’s berbangga kerana dapat menawarkan hidangan-hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
“Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini. Bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini.”
Mereka adalah:
1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5. Nasi Lemak Mok Teh, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya
McDonald’s akan terus menambah baik tawaran menunya dengan pelbagai pilihan hidangan untuk memenuhi citarasa para pelanggan.
“Kami ingin berada lebih dekat di hati pelanggan dengan menawarkan menu yang mampu memenuhi citarasa ramai – pelbagai pilihan yang mudah, dan harga yang berpatutan. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami perlu sentiasa melakukan inovasi terhadap menu kami, termasuklah kemampuan untuk sentiasa peka dan mengambil tindak balas efektif terhadap kemahuan pelanggan yang berubah-ubah. Seiring dengan janji kami untuk menyediakan hidangan yang enak untuk semua, McDonald’s Malaysia akan terus memberi fokus untuk menawarkan hidangan yang segar, berkualiti tinggi dan bernilai bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatinya pada bila-bila masa.”
Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular, termasuk kentang goreng dan 100PLUS. Selain Burger Nasi Lemak, antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular.
Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, MILO McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Website: www.mcdonalds.com.my