DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL SELERA NUSANTARA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau anda berada di ‘area’ Shah Alam, dan mencari lokasi untuk berbuka puasa mungkin ini boleh jadi pilihan anda.

DEWAN BANKUET MBSA

Merupakan antara lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kini kembali dengan majlis Buffet Ramadan 2023 bertemakan Selera Nusantara

Bermula pada 25 Mac hingga 20 April dari 6.30 petang hingga 9.30 malam.

CHEF BOB DAN CHEF SHAHRIL

Ini adalah dua chef yang berpengalaman lebih dari 15 tahun didalam dan luar negara. Bakal menghasilkan kompilasi hidangan nusantara lebih 100 sajian untuk semua.

ANTARA MENU YANG DIHIDANGKAN

Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti, ada gerai yang menyajikan Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam dan Sos Daun Mint.

Ayam Dara Golek dengan Sos Istimewa, Dim Sum, Kuew Teow Penang Style dan juga Mee Goreng Mamak.

Baca: resepi tauhu bergedil

Nak hidangan kampung pun ada seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti mahupun ketam masak kam heong.

Daging masak kerutub, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai jua rendang minang.

Ada juga menu kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng daun kari dan juga udang mamak style

PEMANIS MULUT PUN ADA

Pihak Dewan Bankuet MBSA turut menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu. Yang sedap seperti sago gula melaka, tapai pulut daun getah, rojak buah dan buah-buahan.

KERABU DAN KEROPOK ADA!

Macam-macam kerabu seperti kerabu tauge pucuk paku, jantung pisang, mangga, ikan biilis. Pasembur utara, pasta salad dan pecal.

Jangan lupa pada keropok ikan, papadom dan penggemar sambal belacan, cencalok dan budu juga ada

KEMUDAHAN PENGUNJUNG

Parking kereta percuma, surau dan mesra OKU buat mereka yang berbuka disini. Ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak turut disediakan.

Bagi pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di sini, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara DOME disediakan.

Untuk tajaan buka puasa buat anak-anak yatim bagi pelanggan individu mahupun korporat turut ditawarkan.

HARGA BUFET BAZAR RAMADAN

Tahun ini harga berbuka puasa adalah RM98.00 dewasa dan RM58.00 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Harga istimewa bagi promosi pembukaan RM88.00 sah sehingga 23 Mac 2023. Tempahan melalui

Email| Contact: 011-54040385

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang berpatutan.

Berpengalaman lebih dalam penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge