Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kleenex Penyelamat Ketika Guna Tandas Awam Yang Kotor & Berbau | Pernah tak alami situasi begini di mana bila terpaksa menggunakan tandas awam di saat yang memerlukan dan apa yang berlaku di atas terjadi dan membantutkan penggunaan anda. Siapakah penyebab tandas awam kotor?? Ini adalah berpunca dari pengguna sendiri di mana tidak mengamalkan kebersihan. Apabila KP di beri cabaran untuk bertahan / survive di tandas awam dengan survival kit yang di berikan, tanpa risau dan gusar KP menyahutnya?
dah tak tahan nak kena pi toilet awam tapi bila masuk, air takde, paip / sinki tersumbat, tisue bersepah dah yang paling teruk hasil bahan diri sendiri di biar tanpa di pam…. OMG.!!!!

Di berikan penyangkut barang, penutup hidung (mask) , plaster ( handyplast) dan juga Kleenex wet tissue.
Penyangkut barang
Ia dapat membantu unuk menyangkut barangan yang di bawa terutama sekali apabila berada di tandas awam. Yalah nak di letakkan di lantai mungkin kotor atau basah bukan?
Handyplast a.k.a plaster
standby andai kata terluka sewaktu berada di dalam tandas. Kita tidak tahu perkara yang tidak di undang mungkin berlaku ketika sibuk
Penutup muka (mask)
Kegunaan yang amat bagus di mana ia dapat menutup bau-bauan yang tidak di gemari sewaktu berada di tandas awam terutamanya.
Kleenex Wet Tissue Toilet
Wajib ada tau especially untuk KP yang ada anak-anak kecil. Wet tissue nie amat berguna terutama sekali apabila berada di luar. Pelbagai kegunaan boleh di gunakan dengan ini.Kleenex Wet Tissue Toilet yang mana saiznya yang kompak membolehkan kita membawa ke mana sahaja. Dihasilkan dari gabungan ekstrak semulajadi green tea dan juga chamomile. Ianya juga bebas alkohol dan dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Paling penting produk ini telah diuji “hypo allergenic”
Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.
“Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket.”
Suasana di salah satu tandas awam
Ini kira OK sedikit ada tu yang bila masuk masyallah baunya , kotornya tuhan saja yang tahu. Tak terucap dengan kata-kata hanya mampu angkat kaki keluar balik. Lantai dahlah kotor lepas itu basah dan penuh dengan tapak kasut

Jadi dengan penyangkut beg itu, KP lekatkan di belakang pintu kerana pintu tandas awam ini tiada tempat untuk meletak / menggantung barang. Nasib baik ada bawa yang ini dimana boleh di simpan di dalam beg mahupun poket seluar.Lihat KP lekatkan di belakang pintu dan gantungkan beg. Tidak perlu risau dan was was kerana beg dapat di lihat di depan mata


Nota: janganlah memijak di tempat duduk tandas awam terutamanya ya



Boleh sahaja di buang ke dalam lubang tandas


Yang sekeping yang KP suruh simpan, ini untuk di gunakan selepas selesai semua urusan. Manalah tahu tetiba air takde, mahupun sinki tersumbat boleh diguna untuk lap tangan atau lap apa yang patut.
Ingat lagi tak penyangkut beg yang KP guna masa mula sampai tadi? Yang ini KP tinggalkan buat pengunjung yang lain mungkin boleh guna.
Ini adalah barangan survival yang KP memang dan akan bawa apabila mengunjungi tandas awam. Harap masing-masing dapat menjaga kebersihan agar semua dapat menggunakkannya dengan selamat dan bersih. ingin mencuba pek sampel percuma Kleenex Wet Toilet Tissue? klik di sini kleenex cleans
Jom sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk mengatasi masalah penggunaan tandas awam di Malaysia.
Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial di ruang komen FB peraduan dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide 3 pemenang di cari setiap minggu untuk memenangi bekalan Kleenex Wet Tissue Toilet selama 6 bulan. Dan paling best, hadiah utama untuk peraduan ini merupakan iPhone 6s!
Keterangan lanjut boleh layari :- Facebook Kleneex Malaysia
Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark :1-800-82-1188
#kitepunye #kitepunyedotcom #kleenexmalaysia #kleenex #KleenexSurvivalGuide








