Kalau di Malaysia ada Snow Walk, di Thailand ada Frost Magical Ice of Siam Pattaya! Serta dikenali sebagai kubah ais yang pertama dan satu-satunya di Pattaya.
FROST MAGICAL OF SIAM
Semasa jalan-jalan di Pattaya, Thailand baru-baru ini, ada yang syorkan untuk ke Frost Magical of Siam. Terletak di 75 Nong Pla Lai, Daerah Bang Lamung di Chon Buri. Ia adalah kira-kira 15 kilometer jika datang dari Pattaya.
Pameran arca ais terbesar di Asia Selatan dimana para pengunjung dapat melawat dan memotretkan moment indah sewaktu di gua ais, bangunan kubah, gelongsor berais dan banyak lagi.
Ada yang mengatakan yang ianya adalah Dunia pasir dan arca ais makhluk Artik seperti Mighty Ghilen Dan Beruah Kutub.
Seluas 30,000 meter persegi dipenuhi dengan arca, pameran dan aktiviti yang mencerminkan budaya dan tradisi Thai yang kaya dengan sedikit kemodenan. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 Malam.
TAMAN HIBURAN BERAIS
Yang suka sejuk ini untuk anda dimana dapat merasai kesejukan seperti di Artik tanpa perlu pergi ke sana. Paparan arca ini terletak di kawasan yang tidak beriklim sederhana. Manakala untuk suhu pula pada suhu sejuk -10 darjah Celsius.
KUBAH AIS
Ini adalah yang pertama teletak di Pattaya dengan patung ukiran ais, pameran dan juga ada aktiviti yang menyeronokkan di persekitaran yang sejuk.
AKTIVITI DI FROST MAGICAL OF SIAM
Nikmati hari-hari sejuk seperti di Artik dengan menghirup soda dalam gelas berais, berseronok di gelongsor berais dan merakam moment dengan manusia salji ‘snowman’, arca berais Dan lain- lain lagi
3 ZON TAMAN HIBURAN
Mempunyai tiga zon didalam taman hiburan untuk dikunjungi, dimana ianya adalah pameran dalaman arca ais
THE SIAM HEAVEN ZONE
-Syurga Siam atau kubah ais
-Terletak di bahagian dalam dengan arca berais
-Antara yang ada mengambil gambar sambil duduk dalam tuk-tuk berais atau dalam igloo
-Bergambar dengan manusia salji
-Meluncur ke bawah dari gelongsor berais yang besar
-Termasuk arca ais beruang kutub, penguin, tuk-tuk Thailand dan Igloos.
** Minuman percuma yang dihidangkan dalam gelas ais boleh didapati di Ice Bar
BAR ICE DOME
-Adalah sebahagian daripada The Siam Heaven Zone yang diperbuat daripada ais.
-Menyajikan minuman dalam gelas yang diperbuat daripada ais tulen.
-The Ice Dome juga mempunyai restoran minuman kecil
-Menerima kopi panas dan minuman dan makanan ringan lain
-Serta kedai pakaian di mana anda boleh membeli pakaian hangat.
YANG PALING BEST SELEPAS MINUM
-Bahagian yang menyeronokkan tentang minuman anda dihidangkan dalam gelas ais ialah selepas anda menghabiskan minuman.
– Boleh memecahkan gelas di dinding.
– Tidak perlu untuk memecahkan cuma hanya dengan baling atau buang di tempat yang disediakan.
– Antara aktviti yang menyeronokkan kata pengunjung yang berada disini
MELUNCUR DI GELONGSOR AIS
-Gelongsor ais yang cantik Dan seperti Kristal di mana anda boleh meluncur ke bawah dan ia benar-benar selamat.
– Ia biasanya digemari oleh kanak-kanak dan ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan
– Menggelongsor dengan pantas sehingga seperti meluncur di atas roller coaster.
– Antara aktviti yang menyeronokkan kata pengunjung yang berada di sini.
THE HIMMAPAN ZONE
-Lokasi di luar kubah Dan dihiasi dengan arca pasir putih besar yang kelihatan bersalut salji -besar seperti raksasa.
-Menawarkan pengalaman menyaksikan pameran arca luar yang diperbuat daripada pasir putih. Arca ini adalah daripada makhluk yang terdapat dalam Mitologi Buddha dan Hindu.
-Mendapat namanya daripada Hutan Himmapan yang terkenal yang mengelilingi Gunung Meru, teras alam semesta, menurut mitologi Buddha dan Hindu.
– Beberapa haiwan, pokok, dan tumbuhan mitologi telah diukir dalam pasir dan kemudian dicat putih untuk memberikan kesan berais.
– Zon Himmapan juga memaparkan arca haiwan legenda yang cantik tetapi besar-besaran seperti gajah bersayap (disebut sebagai Karin Puksa) dan Ghilen Mighty, iaitu makhluk seperti naga dengan sayap dan kaki cakar.
THE FROST VILLAGE AND FOOD ZONE
–Minuman percuma yang dihidangkan dalam gelas ais boleh didapati di Ice Bar
-Menjamu selera dimana anda boleh membeli hadiah ataupun cenderahati untuk rakan dan keluarga sambil menikmati minuman.
-Kasut but, stoking, tudung dan sarung tangan juga boleh didapati di kedai-kedai di Frost Village.
** Minuman percuma dihidangkan dalam gelas ais dan kot termasuk dalam bayaran masuk Magical Frost of Siam.
**Jubah sejuk / Kot Sejuk / Kasut Boot – jangan lupa wajib pulangkan apabila anda mendaftar keluar.
HARGA TIKET
Harga Magical Frost of Siam termasuk dengan harga tiket masuk, Kot Sejuk, Kasut Boot dan segelas air minuman di Bar Ice Dome lebih kurang 600THB