Pengantin 100 Hari di Samarinda TV3 Mulai 25 Jun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengantin 100 Hari di Samarinda TV3 Mulai 25 Jun 2018 |Sewaktu anda sedang meniti hari kebahagiaan apabila disatukan bersama yang tersayang dikejutkan dengan berita yang tidak di sangka. Cuma menjadi pengantin selama 100 hari kemudan diceraikan !! Kenapa diceraikan ? Kenapa perlu berkahwin adakah kerana terpaksa atau sukarela?Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Amor Rizan. Skrip hasil ciptaan Sharifah Abi Salem.. Ingin tahu dengan lebih lanjut jom layan

pengantin 100 hari tv3

SINOPSIS Pengantin 100 Hari
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita,
Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.

Samarinda : Pengantin 100 Hari
Tarikh Siaran : Setiap Isnin hingga Rabu, bermula 25 Jun 2018
Masa Siaran : 10.00 malam – 11.00 malam
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge