Selepas setahun tidak dianjurkan dan susulan permintaan tinggi daripada para pencinta buku, Big Bad Wolf Books mengumumkan kembalinya acara popular. Kini kembali dengan Hot Box Book Sale 2026
BIG BAD WOLF HOT BOX BOOK SALE 2026
Hot Box Book Sale 2026 bakal berlangsung dari 7 hingga 15 Februari 2026 di Aras G, Hextar World, Empire City, Exhibition Hall dimana ianya dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

HOT BOX BOOK SALE 2026
Hot Box Book Sale 2026 menawarkan pengalaman membeli buku yang berbeza daripada jualan buku konvensional. Jika anda peminat tegar Pastinya anda tahu konsep untuk Hot Book Sale 2026 ini.
ISI SENDIRI
Pengunjung hanya perlu memilih sebuah kotak dan mengisinya sendiri dengan buku pilihan mereka daripada lebih 500,000 judul merangkumi pelbagai kategori termasuk kanak-kanak, fiksyen, bukan fiksyen dan buku coffee table.

KENAPA HOT BOX?
Tidak seperti jualan pakej pra-pilih, konsep Hot Box memberi kebebasan sepenuhnya kepada pembaca untuk meneroka, memilih dan mencipta kurasi bacaan mereka sendiri.
SEPERTI TREASURE HUNT?
Pengalaman ini sering disifatkan sebagai satu bentuk book treasure hunt, di mana nilai sebenar terletak pada penemuan, strategi menyusun dan jumlah buku yang berjaya dimuatkan ke dalam kotak.

YANG UNIK!
Keunikan Hot Box juga terletak pada keadaan buku yang ditawarkan secara telus. Buku hadir dalam pelbagai tahap kondisi yang boleh dilihat dengan jelas, membolehkan pembaca menukar ketidaksempurnaan kecil kepada penjimatan yang lebih besar. Pendekatan ini memberi peluang untuk membawa pulang lebih banyak buku dengan kos yang jauh lebih rendah.

“Hot Box bukan tentang kesempurnaan fizikal buku, tetapi tentang kandungan, penemuan dan kepuasan membawa pulang lebih daripada jangkaan. Lebih penuh kotak, lebih tinggi nilainya,” menurut pihak penganjur.
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT
Seperti edisi terdahulu, jualan ini beroperasi berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat, dengan pengunjung terawal dijangka menikmati pilihan judul paling luas serta peluang terbaik untuk mengisi kotak mereka sepenuhnya.

HEXTAR WORLD
Bertempat di Hextar World, Empire City, ruang berskala besar ini direka khas untuk menyokong pengalaman melayari buku dalam tempoh yang panjang, penemuan spontan serta keseronokan mengisi kotak — elemen yang telah menjadi identiti utama Hot Box Book Sale.

Dengan sambutan awal yang menggalakkan, Hot Box Book Sale 2026 sekali lagi menegaskan komitmen Big Bad Wolf Books dalam menjadikan bahan bacaan lebih mudah diakses, sambil membuktikan bahawa nilai, pilihan dan pengalaman boleh wujud seiring.
MAKLUMAT HOT BOX BOOK SALE 2026
📍 Aras G, Hextar World, Empire City, Exhibition Hall
📅 7 Februari 2026 – 15 Februari 2026
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah malam
