STORIES THAT INSPIRE EVERYDAY LIFE

MR D.I.Y. LANCAR MR DIY CLUB, APLIKASI GANJARAN KELUARGA PERTAMA DI MALAYSIA

MR DIY CLUB

MR D.I.Y. Lancar MR DIY Club, Program Kesetiaan Keluarga Pertama di Malaysia dengan Ganjaran Lebih Lumayan

MR DIY CLUB

Membeli-belah di MR D.I.Y. kini menjadi lebih menguntungkan apabila rangkaian peruncit kelengkapan rumah terbesar di Malaysia itu melancarkan MR DIY Club, program kesetiaan pertama syarikat yang direka khas untuk menghargai pelanggan dan seluruh keluarga.

KONSEP FAMILY-FIRST

Dilancarkan secara rasmi di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, aplikasi mudah alih percuma ini memperkenalkan konsep “Family-First”, membolehkan sehingga lima ahli keluarga atau rakan menghubungkan akaun masing-masing dan mengumpulkan mata ganjaran dalam satu akaun bersama bagi menikmati lebih banyak faedah dengan lebih pantas.

MR DIY CLUB

MATA GANJARAN

Melalui MR DIY Club, ahli akan memperoleh satu mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, yang kemudiannya boleh ditebus kepada baucar tunai untuk pembelian seterusnya. Lebih menarik, ahli baharu akan menerima 400 mata ganjaran secara percuma sebaik sahaja mendaftar, manakala pada bulan kelahiran mereka, ahli akan menikmati lima kali ganda mata ganjaran untuk setiap pembelian.

Selain itu, pelanggan juga akan memperoleh satu “Bag” bagi setiap RM20 perbelanjaan. Bag yang dikumpulkan boleh digabungkan menerusi Akaun Keluarga untuk membuka peluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif termasuk jemputan ke acara khas dan bengkel anjuran MR D.I.Y.

DIREKA KHAS UNTUK HARGAI SETIAP ISI RUMAH

Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata program tersebut diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan MR D.I.Y. sebagai destinasi pilihan sejak lebih dua dekad lalu.

Menurut beliau, pelanggan bukan sahaja datang ke MR D.I.Y. untuk mendapatkan keperluan harian seperti bateri, peralatan pembaikan rumah, barangan projek sekolah atau kelengkapan rumah, malah kebanyakan mereka membeli-belah bersama ahli keluarga.

KUMPUL MATA BERSAMA

“Oleh itu, kami mahu mewujudkan sebuah program yang memberi ganjaran bukan sahaja kepada individu, tetapi kepada seluruh isi rumah. Dengan MR DIY Club, seisi keluarga boleh mengumpul mata bersama, menikmati lebih banyak nilai serta berkongsi pelbagai pengalaman menarik di luar pengalaman membeli-belah biasa,” katanya.

SAMTILLA DILANTIK DUTA RASMI MR DIY CLUB

Bagi memeriahkan lagi pelancaran program ini, pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, yang lebih dikenali sebagai SamTilla, diumumkan sebagai duta rasmi MR DIY Club.

Menurut Alex, imej keluarga yang dibawa oleh pasangan tersebut amat bertepatan dengan konsep program yang memberi penekanan kepada hubungan kekeluargaan serta nilai kebersamaan dalam setiap pembelian.

MR DIY CLUB

PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA PELANCARAN

Pengunjung yang memuat turun aplikasi MR DIY Club serta mendaftar sebagai ahli sepanjang tempoh promosi berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan memutar roda ganjaran untuk memenangi cenderamata eksklusif seperti payung, tuala dan tali telefon bimbit.

Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai program kesetiaan baharu tersebut, malah memberi pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan untuk seisi keluarga.

MR DIY CLUB

MUAT TURUN MR DIY CLUB HARI INI

Aplikasi MR DIY Club kini boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play.

Dengan pelbagai manfaat seperti perkongsian mata ganjaran seisi keluarga, baucar tunai, ganjaran hari lahir, mata bonus serta akses kepada acara eksklusif, MR DIY Club dijangka menjadi antara program kesetiaan paling menarik di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen MR D.I.Y. dalam menghargai kesetiaan pelanggan dan membawa lebih banyak nilai kepada setiap isi rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *