BEST KE KONSERT RAMLI SARIP BLUES UNTUK RAKYAT?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa yang tidak kenal dengan figura lagenda Datuk Ramli Sarip?

Juga dikenali sebagai Papa Rock, kali ini sudah bersedia untuk menebarkan vibrasi hebatnya dengan persembahan penuh nostalgik dalam konsert yang akan datang!

KONSERT RAMLI SARIP BLUES UNTUK RAKYAT

Sebuah konsert berskala besar bakal mengegarkan Kuantan, Pahang pada 5 Ogos 2023. Dianjurkan oleh Ada Events Asia, dimana bakal berlangsung di Stadium Utama SUKPA -Bandar Indera Mahkota.

KONGSI PAPA ROCK

Amat teruja dapat kembali menghiburkan peminat di Pahang yang disifatkan bakal mengembalikan banyak kenangan yang bakal dizahirkan dalam persembahan yang bersifat rakyat.

“Ini cerita tentang negara, ini cerita tentang saya. Ini cerita tentang awak;”

Dimana ianya merujuk pada malam Blues Untuk Rakyat yang juga pernah dijadikan sebagai judul salah sebuah album untuk band rock – Lovehunters pada awal 90an.

SUSURI PELUSUK FELDA DEMI PEMINAT?

Bermula mencipta nama bersama Sweet Charity di Singapura seawal era 60an. Kemudian bergerak solo dan masih utuh hingga ke hari ini.

Kembalinya ke pentas di Pahang membuatnya mengimbau pengalaman menyusuri ke seluruh pelusuk Felda demi peminat.

“Banyak momen bermakna dipahat sepanjang saya menjelajah dari satu felda ke satu felda satu masa dulu. Biarpun sudah lama berlalu, kepuasan yang diperolehi di sebalik kepayahan yang ditempuhi adalah pengalaman yang paling indah.

Pengalaman yang menyaksikan pelbagai cerita dikutip mendorong pada penghasilan lagu seperti Blues Felda Blues antara yang bakal dinyanyikan pada konsert nanti,”

-kongsi Datuk Ramli Sarip

ADA EVENTS ASIA

“Dilamar oleh penganjur, Ada Events Asia untuk konsert yang berkisar tentang rakyat di Kuantan pula. Ditambah dengan harga tiket yang tidak begitu tinggi.

Ibarat peluang mengubati kerinduan terutama dengan peminat di Pahang untuk berusa kembali dan bernostalgia bersama’

CIPTA PEMINAT MUDA

Sebanyak 20 lagu bakal didendangkan pada malam itu dan ianya dipilih daripada puluhan karya berunsur rakayat yang banyaknya menjurus kepada mesej dan vibrasi positif.

Berharap bakal membuka ruang untuknya mencipta peminat muda melalui lagu yang dipersembahkan. Antaranya Ronggeng Rakyat, Cinta di Sebalik Musim dan Surat Cinta Kuala Lumpur selain koleksi hits yang masih relevan

HARGA TIKET

Serendah RM 98 [free standing], RM 128 & RM 148 [free seating] dan Meet & Greet Special Pass berharga RM 198 [free seating]

‘Ini yang saya ingin katakan melalui konsert ini – bercerita kembali tentang kenangan dengan saya. Dengan peminat lama dan juga anak-anak muda. Jelas dalam lirik lagu seperti:

‘ Blues Felda Blues, jangan mengantuk lagi, bangun daripada tidur, bangkitlah kembali!’

Website Ticket2u

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge