KONSERT LAGENDA ROCK VOL.1, APA YANG BEST?

KONSERT LAGENDA ROCK VOL.1, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zaman dulu, kugiran rock antara yang mendapat tempat dihati peminat. Rata-rata pasti ada yang hafal dan boleh menyanyi ‘sing a long’ bila lagu dimainkan di radio.

Ingat lagi pada pujaan dan popular pada era 80an dan awal 90an dengan genre rock. Masih menjadi pujaan ramai sehingga kini adalah Kumpulan XPDC, Rusty Blade, May serta Babylon.

Meskipun industri muzik semakin berkembang dengan pelbagai jenis kategori muzik moden, namun genre rock dari dulu sehingga sekarang, tetap diminati.

Apatah lagi apabila genre ini dibawakan oleh kumpulan-kumpulan lagenda tanah air.

KONSERT LAGENDA ROCK VOL.1

Oleh itu, satu konsert yang menghimpunkan EMPAT kumpulan rock lagenda ini bakal diadakan pada bulan Julai nanti dan pastinya konsert ini dinanti-nantikan oleh penggemar muzik rock.

Dianjurkan oleh Mutiara Optimum Sdn Bhd, Konsert Lagenda Rock Vol.1 Bakal memecahkan ‘panggung’ dan meledakkan adrenalin di Megastar Sungai Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2023.

“Kami di Mutiara Optimum Sdn Bhd sangat berbesar hati dan bangga membawakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 dengan barisan empat kugiran lagenda tanah air ini.

Ia juga adalah ‘perkahwinan’ pertama kali kemepat-empat kumpulan rock lagenda yang cukup berpengaruh ini akan bermain di atas satu panggung.

Saya sangat bersyukur apabila XPDC, May, Rusty Blade dan Babylon memberi persetujuan untuk melaksanakan konsert ini. Saya percaya Konsert Lagenda Rock Vol.1 akan menjadi konsert bersejarah.

Bukan sahaja untuk pemuzik malah peminat yang sudah lama tidak dapat menyaksikan gabungan kugiran-kugiran rock dalam satu persembahan”

-ujar Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn Bhd, Adam Hanafi bin Masdi.

PENTAS PERTAMA BUAT XPDC SELEPAS KEHILANGAN MAEL

Konsert ini juga akan menjadi pentas pertama bagi XPDC beraksi dalam skala besar selepas mantan vokalis kumpulan itu, Mael meninggal dunia pada 27 April 2023.

“Kami bukan cuba mengambil kesempatan atas pemergian Allahyarham Mael tetapi XPDC wajib ada dalam Konsert Lagenda Rock Vol.1

Apalah ertinya rock atau metal jika sebuah konsert tanpa kugiran berprofilik seperti XPDC”

-ujar Adam.

TANDA ARAS KUGIRAN ROCK TIDAK PERNAH MATI !

Menurut vokalis Rusty Blade, Yantzen, penganjuran konsert itu adalah tanda aras pembuktian kugiran rock atau metal. Tdak pernah ‘mati’ meski mengalami pertukaran ahli kumpulan serta tidak menerbitkan material baru.

“Rusty Blade sendiri sudah lama tidak muncul dengan abum baru, tetapi kewujudan kami dan bagaimana karya yang diperkenalkan diminati terus hidup adalah bukti muzik rock tidak pernah mati.

Sepertimana banyak mengaitkan rock adalah lagenda, karya-karya kami juga adalah evergreen. Jadi buat peminat, nantikan persmebahan kami dalam konsert bersejarah ini.

Seperti biasa, ini bukan janji tapi persembahan kami akan rock!”

HARGA TIKET

Seperti XPDC dan Rusy Blade, May serta Babylon juga cukup teruja untuk beraksi khas buat peminat dengan mendendangkan lagu-lagu yang cukup popular diperdengarkan di corong radio, TV dan YouTube.

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 ini dengan membeli tiket pada harga RM288 *standing & seating) dan pembelian early bird bakal peroleh diskaun sebanyak 15%.

Website Tiket|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge