Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bercuti di Sunway Velocity Hotel Sambil Window Shopping|Pernah dengar dan sampai ke Sunway Velocity Mall? Shopping mall yang terbaru dibuka di Cheras Kuala Lumpur.
Kalau sedar di sebelah shopping mall itu ada hotel dan disinilah Sunway Velocity Hotel terletak. Nak cari landmark paling dekat senang sahaja, waze sahaja Sunway Velocity Hotel pastinya sampai didepan pintu lobby.
Kebetulan KP ada assignment berdekatan dengan kawasan ini, jadi mengambil kesempatan untuk bercuti hujung minggu walaupun didalam Kuala Lumpur.
Sunway Velocity Hotel
Terletak dengan strategik di persimpangan Jalan Cheras dan Jalan Peel, Sunway Velocity Hotel terletak kira-kira 3.8km dari pusat bandar Kuala Lumpur .
45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Sebenarnya Sunway Velocity Hotel baru sahaja 2 tahun usianya dimana dibuka pada 20 September 2017.
Hotel ini berdekatan dengan pengangkutan awam, yang dikaitkan secara langsung dengan Light Rapid Transit (LRT) dan dua (2) stesen Mass Rapid Transit (MRT) bawah tanah, Maluri dan Cochrane.
Melalui MRT, tetamu akan mempunyai akses mudah ke daerah membeli-belah Bukit Bintang, KL Sentral, serta tarikan lain berdekatan.
Bilik Hotel
Mempunyai 16 tingkat antara hotel yang terbesar di kawasan sekitar ini. Dilihat dari luaran mengentahkan konsep permukaan futuristik dan mengunakan warna berani sekaligus menjadikan ia berani ,cantik bila dilihat.
Hotel ini menyediakan 351 bilik dan menawarkan 3 jenis bilik buat para pengunjung. Pilihlah dari Superior, Superior Plus dan Superior Premier Room
Bilik Superior
Masuk sahaja bilik cari letak tempat beg walaupun duduk semalam tapi beg macam 3 hari. Mana tak untuk 4 orang kan
Haa.. inilah pilihan KP untuk kami sekeluarga. Masuk sahaja dah sejuk mata memandang sebab lihat hijau !!!. Secara automatik fikiran terasa damai, teringat pada kehijauan walaupun ianya hanya corak daun geometri.
Menyakinkan lagi corak ini dicampurkan dengan warna hijau, kuning dan calitan warna emas.
Katil ini kami berempat tidur lena.. muat untuk kami sekeluarga.
Secara automatik fikiran terasa damai, teringat pada kehijauan walaupun ianya hanya corak daun geometri. Menyakinkan lagi corak ini dicampurkan dengan warna hijau, kuning dan calitan warna emas.
Antara yang lain menjadi perkara utama perlu ada bila menginap dimana-mana hotel pastinya kemudahan penting Wi-Fi. Laju tau Wi-Fi disini untuk anda yang menginap selain dari barang asas untuk membuat kopi dan teh …
Peti sejuk pun ada ye ..
TV Smart LED
Kalau tiada alat menggosok macam tidak sah. Takkan nak pakai baju berkedut pulakan .
Mama nak pergi assignment si anak dara tolong gosokkan . Sekarang semuanya canggih seterika steam . Senang dan cepat.
Untuk kita wanita bilik air yang penting. Ada yang suka OOTD dan ada yang suka berselfie. Jadi bilik air kena cantik bersih dan kemas bukan?
Suka dengan design bilik air moden ini.
Bermalam disini tapi lupa bawa benda asas ? Tidak perlu risau , tengok nie complete semua. Dari sikat, ke shaving, berus gigi, sabun , shampoo mahupun jarum dan benang pun ada
Yang penting dalam toilet ada telefonkan.
Pemandangan sewaktu check in. Walaupun menghadap bangunan Sunway tetapi still cantik.
Ok nak bersiap untuk pergi assignment kejap nanti kite kongsi lagi apa yang menarik di Sunway Velocity Hotel ye. Untuk maklumat lanjut, layari
Alamat: Lingkaran SV Sunway Velocity, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur,