Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
BANNGKOK Street Food, Platinum Walk Setapak KL| Dari nama sahaja pasti anda dapat membayangkan menu atau juadah yang bakal di hidangkan di sini . Kebetulan sewaktu KP berada di sini bersama rakan-rakan lain , BANNGKOK Street Food sedang mengadakan Songkran Bazaar sempena pesta Songkran. Ala pesta air yang selalu diadakan di Thailand setiap tahun untuk merayakan Tahun Baru bagi negara Thailand. Pelbagai aksi dapat di lihat semestinya air adalah kunci utama dalam pesta ini bersama mereka yang tersayang mahupun rakan-rakan.
BANNGKOK Street Food, Platinum Walk Setapak KL Di sini dari hiasan dan dekorasi kedai memang WIN. Penuh dengan warna- warni dimana terletak juga dekorasi tradisiona seperti pinggan mangkuk lama dan meja kayu seolah-olah berada di Bangkok.
Teletak di Platinum Walk Setapak KL, tidak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana banyak di sini dengan harga yang berpatutan. Paling penting ialah di BANNGKOK ada menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan Thailand yang dapat menyelesaikan jika anda mengidam dan kekangan masa untuk ke sana Sempat mencuba antara hidangan yang menjadi tarikan di sini seperti
\