Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#Bismillah – Berbuka Puasa Di Citra Rasa Dorsett Putrajaya |Dorsett Putrajaya meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan sorotan istimewa dalam 500 tempatan masakan yang bakal di hidangkan. Bukan itu sahaja ini termasuk buffet durian yang mewah dan Barbecued Venison. Pastinya tawaran ini tidak lengkap tanpa pelbagai masakan dari Malaysia mahupun antarabangsa yang bakal di sediakan oleh Chef Eksekutif – Chef Shamsul Rizal dan pasukannya. Harga pakej sekali dengan Durian, pastinya peluang yang tidak dilepaskan, lagi-lagi makan bersama rakan-rakan mahupun mereka yang tersayang.
Kali ini mengangkat tema “Gaya Kampung” , gerai-gerai yang ada akan dimasak dihadapan para tetamy dengan hidangan Malaysia yang dimasak secara aromatik. Hidangan seperti Nasi Kerabu , Laksam Kelantan, Pulut pisang dan Agar-agar Seri Kaya,Keromba Daging Lembu, Udang Galah Percik, Sup Tulang Rusuk, Patin Tempoyak, Siput Sedut Goreng Cili, Pucuk Ubi Masak Lemak. Jangan lupa pada buffet Durian dan pelbagai jenis Bahulu Tradisi yang di hidangkan
kambing bakar dan chicken wing pun ada .
Pelbagai hidangan pencuci mulut ditawarkan sempena #Bismillah – Berbuka Puasa di Citra Rasa Dorsett Putrajaya dimana anda akan terpesona dan tertarik untuk menikmatinya
Yang ini wajib di cuba sebelum pulang . Bahulu tradisi , yang original dan berperisa ada di sini. Tinggal pilih dan makan sahaja
Of course durian tak ketinggalan kan
Bukan setakat menikmati hidangan berbuka puasa , setiap anda para tetamu akan dihidangkan dengan alunan muzik dari mereka yang berbakat iaitu Isma & Sri Mawar Band yang bakal mempersembahkan setiap malam . Untuk menikmati berbuka puasa di sini harga
RM138 untuk dewasa
RM78 untuk kanak-kanak /warga emas
EARLY BIRD SPECIAL – RM 99 seorang (1 Apr-12 May 2018)
FULL PRICE SPECIAL – Beli 10 dan dapatkan (1) percuma
Promosi Harga Bilik Sempena Ramadan (1 April – 14 June 2018)
IFTAR bersama Dorsett
Buat anda yang bercuti atau tinggal di Dorsett Putrajaya sempena bulan Ramadan in, bilik berharga M 380 semalam termasuk Sarapan pagi /Sahur dan juga #Bismillah Jamuan Berbuka Puasa
Booking period: 3 Apr – 13 June 2018
Stay period: 18 May – 13 June 2018
RAMADAN Special Bersama Dorsett
Untuk kelainan Ramadan kali ini, sempena bulan yang mulia boleh anda bercuti di Dorsett Putrajaya dengan harga RM 280 nett semalam bersama pakej sarapan pagi/Sahur
Booking period: 1 Apr – 14 June 2018
Stay period: 14 May – 14 June 2018
Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 8892 8388
email: info.putrajaya@dorsetthotels.com