Baby Lobster Meets Hai Xian Delight di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baby Lobster Meets Hai Xian Delight di Grand Bluewave Hotel Shah Alam | Bersiaran dari Tung Yen Restaurant di Grand Bluewave Hotel Shah Alam dimana promosi terbaru bermula dari 15 Julai 2017- 30 September 2017. Tung Yen terkenal dengan masakan makanan Cina dan waktu untuk menikmati hidangan adalah dari 1130 pagi – 230 petang ataupun 630 petang hijngga 1030 malam. Unuk promosi ini ianya dimasak khas oleh Chef Patrick Ng satu-satunya chef yang berbangsa Cina dari Tung Yuen Chinese Restaurant.

Harga Promosi 

Harga promosi set makanan ini adalah:-: RM75.00++ seorang dan perlu order untuk minimum 5 orang. Bawa rakan-rakan ibu ayah atau adik beradik untuk turut rasa set hidangan ini. Yang penting di Grand Bluewave Hotel Shah Alam adalah HALAL , satu-satunya hotel di Shah Alam yane mempunyai sijil HALAL untuk restoran didalam hotel ini

Promosi Baby Lobster Meets Hai Xian Delight

Kali ini menampilkan 6 sajian istimewa untuk promosi kali ini . Diantaranya adalah 

Steam Garoupa Fish with Spicy Bean Paste

Braised Top Shell Abalone Slice with Hong Kong Kai Lan and Roast Garlic

Daily Special of Chinese Chilled Appetizer

Fried Rice with Seafood and Anchovies

Baby lobster

Sedapnya..

Pan Fried Trio Seafood with Spicy Sauce on Hot Plate

Mantao Bun

Set promosi ini bukan sahaja disini tetapi anda diberi pilihan istimewa (Pilih 1 jenis) untuk sup dan baby lobster. Terdapat dua pilihan iaitu Boiled Szechuan Soup dan Double Boiled Fish Maw Soup. Selain daripada itu, terdapat juga pilihan masakan baby lobster @ 150gm setiap satu (1/2 portion per kepala) iaitu samada Baked Baby Lobster atau Pan Fried Baby Lobster.

Jangan lupa membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT  di talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau bahagian telemarketing ext. 2724. Tapi perlu diingatkan harga yang ditawarkan tertakluk pada 6% daripada CBP.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge