NAK MAKAN SATE KAJANG -SINGGAH MRT STADIUM KAJANG, BEST!

NAK MAKAN SATE KAJANG -SINGGAH MRT STADIUM KAJANG, BEST!|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Singgah MRT Stadium Kajang Untuk Makan Satay | Dah cuba ke belum naik MRT Phase 2 yang baru dibuka 17 Julai 2017 tempoha hari. Kali ini tiadalah percuma kecuali pada hari pelancaran sahaja. Diberi diskaun 50% pada semua perjalanan sehingga 31 Ogos 2017. Kebetulan hari nie kena ‘recce’ roadshow for office matter malas nak drive naik MRT sahaja sudah.

Antara station yang KP rekomen untuk anda berhenti dari Kajang mahupun Sungai Buloh adalah station Stadium Kajang . Kenapa dan apa yang menarik di sini yang sampai KP boleh buat pit stop di sini? Jom baca sampai habis !!

MRT Stadium Kajang dari pemerhatian KP ramai yang turun dan naik disini. Agak pelik sebab ramai pula pada satu-satu masa. Dari review dan komen dalam salah satu group yang KP join katanya ini adalah salah satu tempat menarik untuk mereka yang kaki makan. Haa.. memang tepatlah pada masanya kerana KP nie memang suka makan and kebetulan pula perut tengah lapar sebab dari naik MRT tadi hingga ke station ini sempat melihat dan membaca review di google

Memandangkan KP naik dari MRT Surian jadi untuk ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit sebanyak 24 station yang perlu di lalui sama ada di atas jalan mahupun di dalam terowong. Nampak tak lampu lampu yang cuma ada di Stadium ?? Maksudnya anda berhenti di tempat yang betul iaitu Stadium Kajang. Yang penting KP nampak yang warna- warni berdekatan dengannya.

Kompleks Mahkamah Kajang yang tersergam indah boleh dilihat dari MRT Station Stadium Kajang . 

Haa… inilah tempat makan yang HOT dalam forum yang di kongsikan oleh rakan-rakan yang lain  . Restoran Sate Kajang Hj, Samuri ini memang berhadapan dengan MRT Stadium Kajang. Lintas jalan sahaja dah sampai. Jadi pada yang malas nak drive atau tidak mempunyai kenderaan , boleh sahaja naik MRT ke sini 

PS: ini bukanlah review berbayar. ini adalah bayar sendiri

Sate Kajang Hj. Samsuri katanya dah lama bertapak di Malaysia. Tempat asalnya dikatakan di Kajang. Masih maintain tagline “Untuk rasa Sate Kajang Yang Sebenar”

Sempat juga lepak di sini yang ala ala tempat untuk photoshoot .. Entah ya atau tidak hahah

Restoran nie rasa-rasa at one time boleh muat dalam 70-100 pax kot , Harga sate pun boleh tahan juga RM 0.98 sen . Harga tertakluk dalam 6% GST 

Banyaknya pilihan dia dari ayam, daging, periut, hati, ikan. Beza sate kajang nie dengan sate yang ada di jual di luar adalah tiada lemak ( yang ini confirm sebab kita makan tadi). Sate Daging agak keras kan best kalau lembut sikit. Kalau sate ikan agak mengecewakan sedikit kerana warnanya sama dan rasa pun lebih kurang. Mungkin kerana menggunakan perapan yang sama dan dibakar jadi rasa tak seberapa sangat . Mungkin boleh bezakan dimana sate ikan leper sikit dari sate ayam.

Menu ala carte  , tidak berapa rekomen . mood nak ambil gambar pun takde sebab hidangan ala carte nya memang huhuhuhuh.. Kalau anda nak mencuba boleh sahaja .. Tiada larangan untuk mencuba sendiri ye. Warna nasi goreng cili api, goreng cina mahupun pattaya semuanya sama ..Mungkin pada nama perbezaan dia

PS: ini bukanlah review berbayar. ini adalah bayar sendiri

Memang berbaloi untuk makan sate kajang kerana dengan menggunakkan MRT sahaja boleh sampai disini . Tak perlu bersesak , tak perlu fikir parking atau minyak boleh nikmati dengan hanya menaiki kenderaan awam. Bagus juga untuk pelancong yang datang ke Malaysia .

Ini adalah review yang berbayar sendiri secara jujurnya boleh dilakukan pembaikan. Mungkinkah KP akan kembali lagi ke sini .. ?? nak tahu station mana yang dilalui oleh MRT Phase 1 dan Phase 2 bolehlah klik di

Website MRT Malaysia : http://mrt.com.my/

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge