AYAM BRAND Rai Ulang Tahun Ke-126 di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AYAM BRAND Rai Ulang Tahun Ke-126 di Malaysia |Bermula sejak dari zaman British Malaya ke Malaysia lagi, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi terdahulu sehinggalah sekarang menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini.

Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan sehingga pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dengan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis.

Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ sempena gambar ayam jantan itu. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan sehingga hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.

Bermula pada tahun 1957 telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1,200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.

Kualiti sebagai keutamaan

Kilang telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran.

Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai. Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana penjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosesan sardin  memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara.

Kualiti merupakan asas bagi semua produk , dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik. Tahukah anda bahawa Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk? Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat.

Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin ini dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar. Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan.

Website Ayam Brand: www.ayambrand.com.my

Facebook Ayam Brand-World of Recipes: https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes/

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge