Untuk anda yang menyambut Pesta Kaamatan mahupun Hari Gawai pasti teringat pada hidangan Original Sabahan bukan? Hidangan yang dinikmati sewaktu musim perayaan ini bukan senang untuk dicari tapi kini tidak perlu risau.
HIDANGAN ORIGINAL SABAHAN
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai disambut pada 30 Mei hingga 1 June setiap tahun. Hidangan Original Sabahan ini boleh didapati di Restoran Kampung Kitchen yang terletak di Ibis KLCC mulai 20 Mei hingga 1 Jun 2024
Pelbagai hidangan tradisional yang terkenal disediakan oleh Cef dimana mereka antara yang berpengalaman dalam menyediakan hidangan dari Sabah. Buffet sempena perayaan ini untuk makanan tengah hari dan juga makan malam setiap hari
ANTARA HIDANGAN
Hidangan tradisional seperti Ayam Bambangan, Stew Bavang Koubasan, Manuk Pansuh, Ikan Tulod Dulod, Ayam Masak Don Ubi, Hinapa Tontidok Punti antara yang ada. Tidak lengkap jika tanpa makanan yang satu ini iaitu Ambuyat/Nantung
Bambangan Chicken Stew
Bavang Koubasan- Wild Spring Onion cooked with Sabah White Chilli
Pinasakan Sada Takob Bakob – Braised Fish with Local Herbs
Batang Keladi Masak Asam Takob Bakon –
Penjaram Kota Belud – rasa seakan macam kuih peneram
Aneka hidangan Original Sabahan
Sambal Tuhau
Jeruk Tuhau
Ambuyat antara hidangan terkenal
Hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.
Dicelup atau dimakan dengan sos. Yang ini sos ikan
Dihiasi dengan cili, bawang goreng dan daun sup untuk menambahkan selera selain untuk nampak cantik
Di bawah kepakaran Chef Farid dan tetamu khas Chef Alesandra Andrea Paut dari My Native Sabah Cafe, hidangan tradisi ini disediakan dengan teliti untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang unik di bufet Malaysian Delights di ibis KLCC.
HARGA BUFFET ORIGINAL SABAHAN
Bufet makan tengah hari dan makan malam dari Isnin hingga Jumaat berharga RM59 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bufet hujung minggu (Sabtu/Ahad) ditawarkan pada harga RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
Buat tempahan anda lebih awal untuk mengalami rasa yang kaya dan pelbagai dari Sabah di sini di tengah-tengah Kuala Lumpur!. Jangan lepaskan peluang unik ini untuk meraikan warisan budaya Sabah melalui persembahan yang lazat di Restoran Kampung Kitchen.