Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
SENTAI Bukan Sebarangan Tempat Alatan Memasak| Anda yang meminati memasak pastinya ini adalah diantara tempat yang akan suka berada dan boleh menghabiskan masa berjam-jam. SENTAI ye bukan Sental dimana ia menjual peralatan dapur untuk mereka yang dalam business makanan (hotel, restauran) mahupun kecil-kecilan seperti cafe atau warung. Andaikata anda yang suka memasak dan ingin membeli alatan masakan boleh saja pergi ke sini.
Informasi SENTAI
Ianya telah di buka pertama kali pada Ogos 2015 dimana cawangan pertama merupakan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Dengan kehadiran para pengunjung yang ramai dan tidak putus SENTAI telah mengambil keputusan untuk membuka cawangan lain iaitu di Jalan Kebuh Teh, Taman Majidee Johor. Ini bukan sahaja cawangan biasa tetapi gudang atau warehouse mereka berlokasi disini. Mengambil langkah besar dengan memperkenalkan cawangan ketiga di SS2 Petaling Jaya sejak 3 bulan yang lepas.
Dalam industri F&B nama Sentai bukanlah nama baru dimana Legoland, Hotel Jen, Thistle, Sand & Sandals, Lavender, Vivo dan yang lain menjadi para pelanggan setia untuk Sentai.
Promosi
-10” Pinggan ceramic warna-warni kini hanya RM15 saja untuk setiap satu (sementara stok masih ada)
-30% diskaun untuk Marlux mills (Made in France) untuk setiap pembelian bernilai RM100 di bilik pameran Sentai, sah sehingga 30 Sept 2018
Apabila sebut peralatan memasak pastinya beberapa jenama akan meniti dibibir chef-chef mahupun anda yang mengikuti perkembangan terkini. Dari alatan memasak makanan Cina, India, Western mahupun Melayu insyallah semuanya boleh didapati disini. Antaranya glassware – pelbagai cawan atau gelas, buffetware – untuk mereka yang dalam bidang catering, Chinaware- untuk makanan cina, Barware- barangan di bar dan lain seperti Pisau, Crockery, Food Processing Machinery.
Namakan sahaja pinggan mangkuk, sudu, lesung batu, batu giling sehinggalah kepada kasut anti slip khas untuk dipakai di dapur ada dijual di sini.
Barangan yang ada di sini bukan saja made in China ada yang made in Itali. haya menjual barangan yang berkualiti dan jenama untuk memberi kepuasan pada pelanggan yang datang membeli. Harga tidak menjadi masalah kerana rata-rata harga barangan yang KP lihat semuanya berbaloi (dengar dapat diskaun untuk barangan tertentu)
Walaupun nampak cawangan ini kecil tetapi sebenarnya 2 tingkat dan tidak puas untuk berada disini pada waktu singkat. Seharian masa boleh dihabiskan untuk meneliti, membelek alatan yang ada. Dalam aircond seperti dalam shopping mall. Siap ada bakul untuk letak alatan yang diinginkan. Staff macam mana?? Yang ini memang 5 bintang KP berikan sebab tidak seperti di shopping mall yang lain dimana mereka mengikuti belakang anda. Bebas memilih, melihat, dan boleh saja bertanya jika perlukan lebih maklumat. Kalau tidak berjumpa dengan alat yang diinginkan tanya saja pada mereka , sudi membantu dengan penuh senyuman.
Food Processing Machinery banyak pilihankan. Alatan memasak pula dari yang kecil hingga yang besar boleh dapati disini. Nak untuk masak pizza, sup, kek , gorengan mahupun dodol semuanya ada
Ni bukan saja untuk perseorangan memasak untuk cafe, restauran, mahupun hotel boleh saja beli di sini
Jatuh hati dengan pilihan pisau yang ada.. Rupanya setiap pisau ini bukan sebarangan potong ya. Ada yang memang untuk daging, ayam. seafood, bahan-bahan masak yang lain dan lain lagi.
Sizzling pan .Sesuai buat yang menggemari hidangan sizzling, beli pan ni dan boleh masak sendiri. ada juga menggunakan pan ini untuk memasak dessert atau pemanis. Ikut cara bagaimana ingin mencorak dan menggunakannya
Antara yang mengekor KP hingga pulang tempat meletakkan tomyam . Dapat satu nie memang best .. hari hari masak menu tomyam berlainan. Boleh ke?
Periuk adik beradik kalau ikut orang tua. dari kecil hingga yang besar lebih daripada kenduri kahwin boleh masak
Seperti yang ini sesuai untuk di bar katanya tetapi cafe hipster, kedai mamak(ada diantara) pun menggunakan produk sebegini. Nampak tak sekarang semuanya mengikut trend terkini agar tidak ketinggalan. Berbagai design ada tinggal pilih dan beli saja. Nak kecil , gemuk, kurus ,tinggi dan comel semuanya ada.
Ada juga yang bercorak bunga seperti ini.
Bukan setakat guna sendiri , boleh digunakan di majlis majlis tertentu mahupun di cafe
Peminat ku , insyallah satu hari akan ku miliki
Ini cuma diantara kalau kongsi semua tak bestlah , biar sampai kesini lihat sendiri sure puas hati. Jangan jadi macam KP siap datang balik semata berkenan yang bekas letak tomyam .