AQARA – FIRMA PENERAJU RUMAH PINTAR ASIA, AMAZING!

AQARA – FIRMA PENERAJU RUMAH PINTAR ASIA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memperkenalkan siri produk rumah pintar yang canggih, termasuk kunci pintar pengecaman wajah 3D & panel kawalan rumah pintar generasi akan datang

AQARA

Pembekal tersohor produk rumah pintar mengumumkan pelancaran rasminya di Malaysia dengan kerjasama Hello Smart Sdn Bhd, pengedar sah dan rakan kongsi perkhidmatan Aqara di Malaysia.

Bakal memperluaskan pasaran Aqara di Malaysia, di mana jualan peranti rumah pintar dijangka meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada RM2.7 bilion menjelang 2027.

PERTUMBUHAN JUALAN MENINGKAT

“Sejak Aqara mula memasuki pasaran Malaysia pada 2019, kami telah menyaksikan pertumbuhan jualan tahunan meningkat sebanyak 100% berturut-turut.

Pencapaian luar biasa ini menggambarkan permintaan kukuh untuk penyelesaian rumah pintar revolusioner Aqara.

Termasuk sistem pemantauan rumah kami, kunci pintu dan kamera keselamatan. Memberikan faedah luar biasa dari segi mudah pakai, kesenangan, keselamatan dan ketenangan fikiran.

LANCAR PRODUK RUMAH PINTAR

Kami teruja untuk melancarkan Aqara secara rasmi di Malaysia, bersama dengan empat produk rumah pintar baharu kami yang inovatif.

Dengan memberikan penawaran terbaik, kami percaya Aqara boleh memacu pertumbuhan pasaran rumah pintar Malaysia. Dijangka bernilai RM2.7 bilion menjelang 2027.

PROJEK KEDIAMAN UTAMA PUN ADA

Memandangkan permintaan untuk produk ini semakin meningkat di Malaysia, teknologi rumah pintar telah dilancarkan di kebanyakan projek kediaman utama.

Termasuk Gamuda Land’s Gamuda Cove di selatan Lembah Klang, OSK Property’s Ryan & Miho di Petaling Jaya dan IJM Land Bhd’s Swans @ Bandar Rimbayu di Selangor.

EMPAT PRODUK RUMAH PINTAR

Pelancaran empat produk rumah pintar baharu iaitu Magic Switch S1E, Sensor Pintu dan Tingkap P2, Kunci Pintu Pengecaman Wajah Pintar D200i dan Lighting Pro Smart Home Solution.

Direka untuk meningkatkan kehidupan dengan kemjuan teknologi, penyelesaian inovatif Aqara akan mengubah kediaman Malaysia menjadi lebih canggih dan pintar.

Menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 7 juta pelanggan di seluruh dunia. Dengan rakan kongsi pengedaran di 6 benua – Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.

Website Aqara|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge