Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Executive Lounge Sunway Putra Hotel KL, Apa Yang Menarik?|Haa, bila cerita sebut pasal Executive Lounge pastinya terfikir ianya untuk mereka yang ado-ado sahaja duduk menikmati hidangan atau tempat menunggu. Sebenarnya salah tidak semua executive lounge begitu.
Executive Lounge
Kelainan Executive Lounge Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dimana ia menempatkan taman permainan kecil disini. Kenapa disini? Kenapa lokasi disini?
Ini disebabkan ia bersebelahan dengan Coffee House untuk anda menikmati minum petang, makan malam , sarapan pagi mahupun makan tengahari.
Jadi untuk ibu bapa tidak perlu risau kerana ianya bersebelahan dengan tempat makan. Walaupun begitu , perhatian dari ibu bapa masih diperlukan kerana tiada staff yang ada untuk menjaga anak-anak anda di sini ya
Bayaran? Tiada bayaran untuk anak-anak anda bermain disini. Pelbagai mainan ada untuk dimain bersama
Dari segi keselamatan , pihak Executive Lounge Sunway Putra Hotel KL menitik beratkan. Lihat saja dimana di karpet ada lagi ‘alatan mat/tikar’ yang getah digunakan agar jika anak-anak jatuh tidak luka.
Walau dah besar nak juga Irfan mencuba slide yang ada di sini seperti adik-adik kecil
Buaian pun cuba juga tapi sayang kaki dah panjang jadi tak boleh berbuai
Cutenya tempat menunggang nie, nak bawa balik satu boleh .
Pilihan untuk menunggang di Executive Lounge Sunway Putra Hotel KL. Warna pun menarik perhatian
Nak juga cuba , Irfan kata sementara tiada orang bolehlah mama. Kite pun kasi can lah pada anak teruna nie
Tak berminat nak bermain mana-mana mainan di sini ada juga meja untuk mewarna
Untuk mewarna ini , pihak Sunway Putra Hotel KL menyediakan barang-barang seperti warna pensel dan lukisan. Dah siap guna jangan bawa balik tau kesian pula pada anak-anak yang lain yang nak juga guna.
Satu sahaja pesanan KP makan-makan juga anak di sini jangan lupa menunggu dan menanti ye. Tanggungjawab sendiri bila di sini ye. Untuk sebarang reservation atau maklumat lanjut
03 4040 9888|Email |Website |Facebook
Entri ini adalah throwback percutian kami sehari sebelum ayah mertua pergi menghadap Allah SWT. Lama menanti masa yang sesuai untuk berkongsi percutian kami. Harap maaf diatas kelewatan ye.