ALAMANDA SHOPPING CENTRE BAWAKAN KERIANGAN KRISMAS, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perayaan Krismas datang lagi, pastinya ada yang menanti dengan penuh sabar. Krismas di Alamanda apa yang bezanya!
ALAMANDA SHOPPING CENTRE
Untuk tahun ini, tidak lupa untuk turut serta meraikan kecerian perayaan bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor.
Untuk kali ini, kanak-kanak dari umur 3 hingga 18 tahun diraikan dengan penuh bermakna dimana telah disantuni oleh pihak pengurusan apabila mereka tiba.
Kanak-kanak yang comel telah dibawa menaiki tunggangan permainan dan kemudian dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan silap mata.
PULANG DENGAN HADIAH
Sejurus selesai persembahan tersebut, anak-anak ini dihadiahkan dengan hadiah Krismas oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong.
Ada juga rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini.
Sebelum majlis selesai, disajikan dengan makan tengahari yang istimewa di Secret Recipe.
SELALU INGAT RAMAI YANG KURANG BERNASIB BAIK
“Memandangkan musim Krismas sudah tiba, kita harus sentiasa ingat bahawa ramai di luar sana yang kurang bernasib baik.
Oleh sebab ini dan sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak ini.
Kami berharap majlis ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk mereka.”
“Tetapi nilai sebenar bukanlah tentang hadiah, tetapi niat di sebaliknya – yang diberikan dengan penuh kasih sayang, sama seperti hari ini.”
-Andrew Brien, Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata,
AMAT BERMAKNA BUAT KANAK-KANAK
“Layanan istimewa daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.
Ketika orang lain berpeluang meraikan Krismas bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan.
Tetapi juga layanan dah perhatian yang istimewa.”
-Puan Viviliyah Rajan, selaku penjaga Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor berkata