10 USAHAWAN DIDIKAN AINAA BEAUTY, AMAZING!

10 USAHAWAN DIDIKAN AINAA BEAUTY, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. AAINA Beauty bukanlah produk terbaru di kalangan kite. Pastinya anda kenal dan tahu siapa pemilik-nya bukan?

PEMILIK JENAMA AINAA BEAUTY

Tidak pernah ku sangka rupanya pemilik jenama AINAA Beauty adalah pasangan suami-isteri iaitu Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina. Secara jujur ku lebih mengenali Hafiz sebagai influencer.

Mana taknya, setiap kali Hafiz memuat naik posting di platform sosial media pasti akan viral . Setiap posting sebenarnya ada cerita disebaliknya.

Sama ada untuk ‘create awareness’ dan dalam masa yang sama untuk membantu mereka yang memerlukan.

PERNAH DI UJI?

Tipulah kalau sebagai seorang manusia tdak pernah di uji dengan pelbagai masalah, rintangan mahupun dugaan. Apatah lagi sebagai pemilik jenama bukan!

Tapi ini semua dijadikan semangat untuk ke maju ke depan, bangkit dan mulakan semula – ‘from zero to nothing to something’.

BUKTI KEKAYAAN?

Tiada istilah untuk mempamerkan atau menunjuk kekayaan yang diperolehi. Bersikap bersederhana dalam semua aspek. Lebih fokus pada beri bimbingan kepada yang memerlukan.

Jadi, jangan terkejut bila lihat mereka berjaya tanpa tunjuk bukti kereta mewah, banglo atau rumah besar mahupun duit banyak-banyak.

10 USAHAWAN AINAA

Tahniah buat AINAA Beauty! Berjaya mendidik 10 syarikat dan usahawan yang berada di bawah jagaan mereka. Mereka ini adalah yang terbaik dari yang terbaik hingga berjaya ke tahap ini.

Berkesempatan untuk turut serta sewaktu seisi pengenalan bersama 10 usahawan ini tidak ku lepaskan. Mana taknya pelbagai cerita mahupun kisah dikongsikan sebelum berjaya ke tangga ini.

Usahawan ini adalah pemilik syarikat yang dipilih sebagai tunggak utama bagi ejen dan stokis dibawah AINAA Beauty.

Mereka ini terdahulunya adalah diantara ejen mahupun stokis yang bernaung di bawah AINAA Beauty sejak 2019 lagi. Bermula dari bawah dan pernah mengalami pengalaman pahit dan manis sebelum berjaya.

MALAYSIA BARU, PELUANG PEKERJAAN BARU

Konsep baru ini dipratikkan selepas PRU baru-baru ini dengan harapan lebih ramai usahawan bakal dilahirkan hasil bimbingan dari 10 syarikat ini.

Antara modus operandi AINAA Beauty juga, sekiranya ada diantara pelanggan mereka yang mengalami kesukaran yang teruk, pelanggan tersebut akan terus dibawa ke HQ bagi tujuan bimbingan dan rujukan. 

Buat anda yang mempunyai masalah muka boleh dapatkan khidmat nasihat secara percuma, apa lagi jom cuba produk AINAA Beauty!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge