AEON CO.(M) BHD & Disney Berkolaborasi Demi Pengunjung Setia Mereka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AEON CO.(M) BHD & Disney Berkolaborasi Demi Pengunjung Setia Mereka!~ Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, terkini dimana AEON CO.(M) BHD berkolaborasi dengan magiknya bersama Disney dan jika anda ke AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama mahupun AEON Taman Maluri dimeriahkan dengan tema ‘Disney’. Anda yang meminati ikonik Disney seperti Mickey Mouse boleh mendapat peluang untuk memiliki produk yang digemari di cawangan AEON yang terpilih.

Buat julung kalinya, AEON CO.(M) BHD. berkerjasama dengan The Walt Disney Company Malaysia. Kerjasama ini sempena Tahun Baru Cina 2020 iaitu Tahun Tikus yang dipercayai mempunyai kekuatan dalam kemakmuran dan bakal membawa tuah bagi yang lahir pada zodiac Cina ini. Kerjasama sepanjang tempoh setahun bakal menampilkan penampilan pengenalan produk semasa musim perayaan seperti Hari Raya , Merdeka mahupun yang lain

Untuk peminat yang fanatik, Disney berganding bahu dengan AEON CO.(M) BHD dimana mempekenalkan koleksi eksklusif Year of Mouse & Mickey Love sempena Tahun Baru Cina. Sejajar dengan ini satu usaha mencipta pengalaman membeli-belah yang unik serta menawarkan keselesaan dan kesenangan buat para pengunjung. Ia telah memperkenalkan juga ruang eksklusif bagi jenama Disney’s Mickey sambal menampilkan koleksi yang terdiri daripada kemeja T-Grafik, aksesori-aksesori seperti beg galas TOTE bag dan plus toys.

‘Kami sentiasa kagum dengan pengalaman yang di tampilkan oleh Disney kepada semua peminat dari pelbagai peringkat umur dan dengan itu kami amat berbesar hati untuk berganding bahu dan berkolaborasi dengan Disney bagi mewujudkan pengalaam membeli-belah yang paling indah semasa Tahun Baru Cina ini. Kami prihatin akan cara para pengunjung membeli produk dan kami memastikan bukan setakat membeli belah tetapi memperolehi akses dan menyelami dunia magik melalui kolaborasi ini. ‘

Koleksi Year of Mouse & Mickey Love terdiri lebih daripada 59 jenis produk untuk seluruh keluarga. Malah koleksi ini dijual dengan harga berpatutan dari RM 29.00-RM50.00 sahaja. Bakal memasuki di pasaran dari 13 Disember 2019 hingga 20 Januari 2020. Untuk anda yang mencari hadiah tersayang atau buah tangan, ambil kesempatan untuk membeli dan memiliki karakter-karakter Disney kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut AEON CO.(M) BHD, sila hubungi 1-300-80-2366 atau layari:

Laman Web: http://aeonretail.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/aeonretail.my
Instagram: http://www.instagram.com/aeonretail.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge