Acha Curry

Acha Curry , Hidangan Nasi Daun Pisang Terbaik.. !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Acha Curry nasi daun pisang kali ini menjadi pilihan kami bertiga untuk menikmati juadah makan tengah hari kali ini. Hanya dengan berwhats app agak last minit mencari lokasi untuk terjah, KP rekomenkan Acha Curry. Andai kata selalu lihat instagram KP , Acha Curry menjadi salah satu tempat kami sekeluarga untuk menikmati juadah nasi daun pisang. 

Sedikit informasi Acha Curry

Restoran Acha Curry ini terletak di Petaling Jaya. Kedai corner sewaktu masuk simpang dan berwarna hijau senang di cari. Iya, kedai ini tidak mempunyai signboard di luar kecuali di dalam kedai tetapi itu tidak mematahkan kami semua untuk menikmati juadah di sini. Ia beroperasi pada sarapan pagi dan makan tengah hari sahaja. Sewaktu di pintu masuk, staff Acha Curry akan menanyakan berapa orang kemudian akan menunjukkan meja anda.

Acha CurryPelbagai kaum yang datang menikmati hidangan di sini tak kira usia, bangsa mahupun agama. Kekadang tu bila datang penuh semua meja kena tunggu nasib baik masa kami datang ke Acha Curry hari tu ada meja kosong tak perlu tunggu lama.

Nasi Daun Pisang

Dah ke kedai nasi daun pisang pastinya nasi daun pisang kena order. Ini adalah set nasi daun pisang di Acha Curry. Hidangan dihidang di atas daun pisang dan tidak perlu risau kerana ianya bersih dan siap di lap sebelum di letakkan nasi dan lain-lain

Acha Curry

Cili Kering Goreng

Cili kering ini direndam dengan air garam dahulu sebelum di goreng( pendapat KP ) kerana apabila di makan terasa garamnya hingga ke dalam sambil terasa sedikit pedas.

Pilihan Kari

Kari perlu ada jika makan nasi daun pisang seperti lebah mestilah ada madunyakan. Kari disini terdiri daripada kari ayam, kari ikan, kari ikan masin dan kari ketam. Memang layan wei kari Acha Curry nie pekat dan terbaik. Acha Curry

Sayur-sayuran

Sayur-sayuran yang biasa di hidangkan di atas nasi daun pisang. Labu puree ( kuning), acar timun ( cara india) sayur taugeh dan sayur sawi kot ( kalau tak silap, sila jangan kecam). KP fail sikit pasal nie.Acha Curry Hidangan KP untuk tengah hari ini. Sebelum jemput makan meh KP nak introduce makanan sampingan yang wajib dan pilihan untuk di makan bersama nasi daun pisangAcha Curry

Wajib di makan – sambal ikan bilis.

Di masak cara mereka tetapi memang sedap. Acha Curry

Peria goreng –

pilihan sampingan. Kalau lagi garing lagi sedap bila makan bunyi kruk krik kruk krikAcha Curry

Ayam goreng 

Senang di makan apabila di potong kecil . Tak cukup tambah ajer Acha Curry

Pilihan Ikan 

Ikan tenggiri dan ikan bulus menjadi pilihan
Acha Curry

Papadom

Siapa yang tak suka makan papadom kan . Layan wei bila di makan bersama nasi daun pisang nie. Tak kena gaya boleh tambah 2-3 kali tau Acha Curry Jadi kalau ingin makan nasi daun pisang jom ke Acha Curry. Waze sahaja Acha Curry mesti jumpa dan tentang parking tak perlu risau kerana ada open parking menghadap restoran ini. Tak perlu risau dah pasal parking ok. Tinggal masuk makan dan bayar. hihihi

Acha Curry

Macam biasala nak jumpa susahkan jadi bila dapat jumpa wajib wefie mengatakan yang kami bertiga dah sampai ke Acha Curry di Jalan 5/51 Petaling Garden. Anda bila lagi, moh kite makan seround lagi… Apapun best juga sekali sekala lepak masa time lunch berkongsi cerita kehidupan memasing sambil menikmati hidangan yang rare…hingga ke temu lagi, nak terjah tempat makan lain pula

Acha Curry

#kitepunye #kitepunyedotcom #achacurry #nasidaunpisang #bloggerbuddy #bestbloggerbuddy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge