NESTLE MILO® FROZEN CONFECTION MEMANG BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda kenal dengan Nestlé ? Kalau ya pasti anda kenal dengan jenama MILO. Kali nie ada sesuatu yang menarik dengan Milo
NESTLE MILO® FROZEN CONFECTION
Buat pertama kalinya menjadikan Milo® jenama minuman berkhasiat lagi enak lain dari yang lain. Sekaligus menyerlahkan lagi niat dan misi Nestlé Ais Krim selaku isi rumah yang boleh dipercayai di seluruh negara.
Pembuat ais krim terkemuka Malaysia, Nestlé Ais Krim telah memperkenalkan produk terbaharunya, Nestlé Milo® Frozen Confection pada satu majlis perlancaran media baru-baru ini di Menara Surian.
Milo® jenama minuman berkhasiat lagi enak yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat Malaysia . Sejak ia diperkenalkan buat kali pertamanya pada 1950 menjanjikan pembekalan tenaga sepanjang hari. Maka, pelancaran Nestlé Milo® Frozen Confection ini sekaligus menyerlahkan lagi niat dan misi Nestlé Ais Krim selaku jenama isi rumah yang boleh dipercayai di seluruh negara
“Sebagai rakyat Malaysia, Milo® telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita semua. Kita meminumnya sebagai sarapan pagi mahupun sewaktu minum petang di pejabat. Oleh itu kami dengan bangganya memperkenalkan tambahan baharu kepada jenama kami iaitu Nestlé Milo® Frozen Confection dari Nestlé Ais Krim”
“Nestlé Ais Krim yang dikenali kerana produknya yang berkualiti tinggi dan bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam memberi khasiat terbaik buat pengguna-penggunanya. Selaku pembuat ais krim terkemuka di Malaysia, kami senantiasa memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ais krim yang enak.
Yang terbaik tidak berkompromi sama sekali dengan kualitinya. Inilah yang membezakan antara kami dan pesaing-pesaing yang lain”
– kata Cik Yit Woon Lai, Pengurus Eksekutif Perniagaan ,Unit Perniagaan Ais Krim.
PELANCARAN
Milo sedang di bancuh oleh para tetamu VIP Kemudian di letakkan di dalam peti sejuk beku Air Milo yang sudah siap di bancuh tadi. Lihat sahaja hasilnya selepas ianya di sejuk bekukan Inilah hasilnya Nestlé Milo® Frozen Confection dari jenama Nestlé Ais Krim
Gambar bersama tetamu VIP selepas pelancaran di adakan.
PEK AIS KRIM Nestlé Milo® Frozen Confection
Milo® bukan sahaja sebagai minuman semata-mata tetapi kini ia juga boleh di nikmati dalam bentuk batang ais krim dengan perlancaran ini. Kelazatan Milo® secara 2 dalam 1 iaitu melalui gabungan Milo® dan konfeksi sejuk beku
Boleh didapati di mana-mana pasaraya atau hypermarket yang berdekatan. Berada di pasaran sejak 1 Januari 2016. Orang ramai boleh membelinya dengan harga RM 1.50 sebatang dan Nestlé mengadakan promosi di mana RM 1.00 sebatang boleh didapati di 7-11 sehingga 31 Januari 2016.
Dengan nostalgia sebagai temanya, perlancaran tersebut telah membawa para tetamunya mengimbau kembali perjalan hidup masing-masing sambil ditemani Milo®.
Sewaktu majlis itu juga, para media yang hadir berpeluang untuk membawa peluang hadiah-hadiah menarik dalam bentuk peti sejuk mini berjenama Milo® , Juga dipelawa mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena tema pelancaran
Sebelum KP akhiri entri ini , jom baca 7 cara untuk kita menikmati Milo® yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di pelancaran tempoh hari . Hingga ke temu lagi dan terima kasih atas jemputan . Cuba tau sedap kerana ia masih mengekalkan rasa Milo® tersebut.
7 cara untuk menikmati Milo®
Cara ini siapa biasa buat sila angkat tangan .. !!!
Letak di agar-agar memang sedap apabila di makan waktu cuaca panas maupun minum petang Yang ini paling WIN
Inginkan maklumat lanjut layari