Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Macam-macam ada. Ini adalah “ayat cliché” yang KP gunakan jika readers bakal ke Pak John Steamboat & Yong Tau Foo. KP berkesempatan untuk ke sini bersama rakan blogger Halim Brothers, Meeya Techik dan Mek Onie. Lokasi Pak John Steamboat & Yong Tau Foo pilihan kami ialah e-Curve. Selain di e-Curve lokasi lain ialah di Wangsa Walk . Pak John Steamboat menawarkan harga yang berpatutan untuk para pengunjung menikmati hidangan buffet di sini. Antara pakej yang di offer
- Student Discount : 30 % 11am – 5 pm
- Ladies Day Discount : 20 % (applicable Tuesday & Thursday)
Pilihan sup di sini ada beberapa :
- Tomyam Sup
- Chicken Sup
- Prawn Sup
- Beef Bone Pepper Sup
- Miso Sup
- Curry Sup
Di sini bukan sahaja steamboat dihidangkan tetapi yong tau foo juga. Pelbagai jenis pilihan makanan dari bebola a.k.a fishball, crabball, squidball, chicken ball dan lain lain juga. Sayur-sayuran dari pelbagai jenis juga ada di sini. KP suka pilihan sayuran yang ada di sini terutama cendawan. Lihatlah pilihan makanan seperti fishball dan sayu-sayuran semuanya segar
Pelbagai pilihan bebola, Pilih sahaja yang mana nak … menarik bukan ..
Sayur-sayuran yang segar. Banyak cendawan yang KP ambil
Di sini juga ada bahan untuk di grill seperti ayam black pepper, beef spicy , dan lain lain lagi.
Tengok sahaja gambar di bawah


ada lagi makanan seperti udang, sotong, mahupun kepah , lala dan macam macam lagi
Bak kata ayat cliche macam macam ada

Jangan risau kalau habis mereka akan refill 

oh ye tips yang di beri oleh Halim ialah..
sebelum letak makanan untuk digrill sapu dulu dengan mentega atau butter
supaya makanan tidak melekat dan cantik bila di grill atau di bakar

Abaikan minyak yang agak terlebih itu..

(maaflah selepas itu tiada lagi gambar pilihan ke 3 ke 4.. sebab tengah asyik makan)

Pada KP – sos cili, biasa di makan
sos barbeku- wajib ada jika makan grill
Sos thai cili- untuk nak dapatkan kepedasan
sos nenas- tak berapa sesuai kerana terasa manisnya
sos cili padi- kalau nak kan kepedasan lagi
sos belacan – hmmm… tak kenalah dengan menu




Makanan yang ini tidak boleh terdedah kerana nanti kering dan kesedapannya tiada lagi
Australia Beef Slices. Grill atau bakar sedap weii.. ( Tak tipu wokay)
Tapi bila di masa kena perhatikan sebab cepat masak ..
Smoked Duck Breast Slice- memang terbaik tetapi ini di rekomenkan untuk grill.
Jangan terlalu lama tau.
Tak perlu kata apa-apa.. jadi ambil dan pastikan masak dahulu sebelum makan yea 🙂


Terasa seperti rebusan yong tau foo bersama rumpai laut

Terdapat dalam 20 pilihan yang boleh di pilih
Untuk Dessert , ada kaya ball dan waffle sebagai pemanis mulut.
Memang kekenyangan lah kalau duduk kat sinie
Untuk kids, ais krim menjadi pilihan
makan-makan juga air takkan takda kan
ini adalah di antara air sejuk yang ada
yang inginkan coffee or tea pun ada juga
Dalam erti kata yang lain berbaloi wokay kalau datang ke sini terutama dengan family sebab terjalin kemesraan bersama ahli keluarga kalau yang lama tak berjumpa. Buat kengkawan yang di office atau nak buat reunion ini adalah antara tempat yang KP bakal rekomen kerana selain makan, bergossip, bertukar cerita, bergelak ketawa boleh juga dengar live band. Live band cuma ada di outlet e-Curve dari Jumaat hingga Ahad. Lagu yang di bawa adalah lagu yang terkini dan sebagai pengunjung boleh sahaja request lagu yang diingini. Jadi apa lagi jom ramai-ramai kita serbu Pak John Steambot & Yong Tau Foo
#kitepunye #kitepunyedotcom #pakjohnsteambotyongtaufoo #steambot #yongtaufoo #ecurve















