KEMPEN ‘GOLDEN TICKET’ KEMBALI SEMULA DI SURIA KLCC, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi tak tahun lepas KP pernah kongsikan Golden Tiket di Suria KLCC? Tahun ini ia kembali lagi !
KEMPEN GOLDEN TICKET
Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli-belah.
Kini kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ buat kali yang keempat lanjutan daripada sambutan hebat yang diperkenalkan kepada pengunjung sejak tahun 2020

ADA TIGA PERINGKAT KEMPEN INI?
Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun berlangsung menerusi TIGA peringkat.
Peringkat pertama bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun. Diikuti oleh Tebusan yang bermula pada 3 sehingga 24 Jun.
Akan berakhir dengan Majlis Penghargaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.
TEBUSAN GOLDEN TICKET
Acara tebusan dijalankan di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri siap tersedia untuk pelanggan memilih kotak yang sesuai.
Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM5,000 manakala kotak misteri yang lain mengandungi sekeping ‘Purple Ticket’ bernilai RM50.

DIRAIKAN BAGI SIAPA YANG MENANG
Pentas utama akan mengadakan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan untuk membangkitkan perasaan kegembiraan bagi setiap cabutan yang berjaya ditebus.
Pemenang ‘Golden Ticket’ juga berpeluang menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar.
Dtempatkan di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.

SERTAI CABUTAN BERTUAH
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini.
Seterusnya dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e- Baucar yang dimenangi.
Setiap hari minggu dari 12 tengah hari hingga 8 malam bakal diadakan cabutan bertuah. 100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi.
Manakala lebihan tiket yang tidak dicabut dan akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokan hari.
50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun.
ANDAKAH PELANGGAN SETIA YANG BERTUAH?
Sebagai tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ .
Bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan. Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.

TRADISI TAHUNAN
“Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat.
Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia. Mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan.
Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,”
-ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
