FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA [FSIKL2022], AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Walauun pertama kali diadakan tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez gembira dengan sambutan yang diterima. Festival ini telah lama menjadi impian Karyawan dan akhirnya dapat direalisasikan.
INSIATIF FSIKL
Freddie yang juga komposer dan penyanyi lagu popular Namun Ku Punya Hati bersama-sama kumpulan Revolvers – lagu ikonik bagi OKU
Inisiatif ini tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan sebuah acara seni khusus terhadap mereka.

Turut hadir pada majlis perasmian FSIKL2022 termasuklah wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, wakil Persatuan OKU Sentral.
Wakil KL Gateway, serta beberapa ahli jawatankuasa Karyawan termasuk pelakon terkenal Radhi Khalid, dan penyanyi veteran Rozita Rohaizad.
PERSEMBAHAN GENDANG DEAFBEAT
Majlis berkenaan juga diserikan dengan persembahan gendang Deafbeat oleh sekumpulan OKU cacat pendengaran.
Sebelum itu, hadirin dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu popular daripada beberapa kumpulan OKU cacat penglihatan, dan persembahan silap mata.

Berlangsung di Gerbang Kerinchi Lestari, Gateway Mall, Kuala Lumpur merupakan program kali pertama melibatkan golongan OKU daripada pelbagai bidang. Bermula dari jam 10 pagi sehingga 9 malam adalah program dari Karyawan.
Perasmian FSIKL2022 disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi, yang mewakili Ketua Pengarah JKKN, Tuan Haji Mesran Mohd Yusop.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Antaranya termasuklah pertandingan seperti Idola Istimewa, kugiran istimewa, memasak, melukis dan sukan ringan secara percuma untuk semua OKU dari semua kategori.
Iaitu penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota dan autism, serta puluhan reruai pameran berkaitan dengan komuniti berkenaan.

FOKUS PADA ACARA SENI DAN BUDAYA
FSIKL2022 memfokuskan acara seni budaya seperti persembahan dan pertandingan, serta ruang pameran hasil karya seni yang dihasilkan oleh OKU.
Pada sebelah malam pula diadakan konsert istimewa yang menampilkan bakat-bakat seni suara istimewa terkenal seperti Caliph Buskers, dan Bad Indigo.
Antara artis popular/”otai” lain yang turut menjayakan termasuklah Zaiton Sameon, Azmir Arif dan Moq, Yusni Hamid, selain Radhi, dan Rozita.

Kemampuan dan kesungguhan golongan orang kelainan upaya atau dalam konteks nama program, insan istimewa – boleh diringkaskan menjadi 2I/Dua I), dan bersaing dengan orang normal/lengkap fizikal/mental.
Mereka boleh berniaga produk-produk menarik dan memberikan perkhidmatan, malah menghiburkan di pentas dengan bakat menyanyi, dan bermain alat muzik moden/tradisional.
Moga program-program yang pernah dianjurkan oleh Persatuan OKU Sentral dan yang akan datang mendapat kerjasama dari semua. Kejayaan FSIKL2022 ini, amat bererti kepada Karyawan.
