PEMENANG #ROLLINGHEALTHYWITHROLLUPWRAPS, AWESOME!

PEMENANG #ROLLINGHEALTHYWITHROLLUPWRAPS, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah terfikir yang hanya dengan roti boleh berubah menjadi hidangan makanan sihat?

Tahniah buat pemenang #RollingHealthyWithRollUpWraps, memang awesome!

#ROLLINGHEALTHYWITHROLLUPWRAPS

Program ini adalah usahama bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Acara akhir Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd berlangsung pada Sabtu 26 Mac 2022.

Program bermula pada penghujung tahun 2021 dimana para pelajar dan guru dari 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang berkumpul dalam persidangan atas talian. Pada hari yang sama dilancarkan program tersebut.

TUGASAN

Pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi makanan sihat. Ianya berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.

Hidangan yang disediakan sangat kreatif, kaya dengan nutrisi dan paling penting sedap. Tidak sangka pelbagai resipi sihat direka oleh mereka yang berada di peringkat sekolah menengah.

Sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian secara aktif dalam program hibrid ini yang melibatkan persidangan atas talian dan pengaktifan fizikal di sekolah-sekolah.

Ini bagi usaha melahirkan tabiat pemakanan yang lebih baik walaupun berdepan pandemik. Perkara ini patut dibanggakan oleh kita semua.

Wakil dari setiap sekolah terdiri daripada satu pasukan yang dianggotai oleh seorang guru pembimbing dan tiga orang pelajar.

MESEJ TABIAT PEMAKANAN SIHAT

Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps. Menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej “Tabiat Pemakanan Sihat”.

Kejayaan program ini bukan sahaja membantu menyemai tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar. Malah telah membuktikan bahawa kita semua telah berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu

-Rosniza binti Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TAHNIAH BUAT PEMENANG

Lima sekolah yang tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary dan SMK Taman Setiawangsa.

PEMENANG : SMK SERI PERMAISURI

The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri merangkul hadiah tempat pertama. Dibantu oleh Haslina Ramli sebagai guru pembimbing dan Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil dari Tingkatan 5.

Menurut Puan Haslina, kumpulan itu mengambil masa empat hari untuk menghasilkan resipi yang sempurna. Beberapa siri percubaan dan kesilapan terlibat dalam mendapatkan resipi yang tepat.

JUST WRAP IT!

Kempen ini bukan sahaja menyediakan informasi pemakana. Ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka. Menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat.

Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah, Just Wrap It!

-kata Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *